Khamis, 26 Mac 2015

JODOHKU BERTAMU DI PINGGIR JALAN! Bahagian 4


Setiba di KLIA ketika itu jam sudah menghampiri angka tujuh pagi. Kamarul mengutip beg di kawasan tuntutan bagasi. Namun seorang demi seorang teman meninggalkannya. Rata-ratanya mendapatkan hotel penginapan yang ditempah oleh penaja. Dia pula terus berlegar di ruang legar balai ketibaan, berhadapan dengan laluan anak-anak kapal.
Agak lama juga dia termangu di situ. Sekumpulan demi sekumpulan anak-anak kapal melintas di hadapannya. Namun orang yang dinanti masih tidak muncul. Setengah jam kemudian barulah satu kumpulan lagi tiba bersama dua juruterbangnya. Di celahan manusia itu, Irina sengaja memperlahankan langkahnya. Membiarkan teman sejawatan pergi dahulu.
“Saya ingat awak dah balik,” ujar Kamarul lantas tersenyum kepada wanita yang berhenti di hadapannya.
“Nak apa lagi? Dah bagi nombor phone tadi, kan?” balas perempuan itu sedikit malu-malu. Punyalah risau kehilangan lagi, Kamarul sampai meminta nombor telefon orang tuanya di kampong! Nak tak nak terpaksalah dia beri. Cewahhh.. macam terpaksa konon. Padahal rela!
“Saya nak ajak awak sarapan pagi dengan saya.”
“Kat mana?”
“Mana-manalah yang awak selesa.”
“Are you sure?” Tanya perempuan itu lantas tersenyum.
“Absolutely sure..” Kamarul mengangguk juga dengan senyuman.
Irina mengangguk sahaja. Langkahnya diteruskan sementara lelaki itu mengekorinya. Dengan pengangkutan awam mereka meninggalkan bangunan terminal itu. Hala tuju kenderaan itu ke Subang Jaya. Seterusnya berhenti di sebuah rumah teres dua tingkat.
“Rumah siapa?” Tanya Kamarul sedikit tertanya setelah mereka keluar dari kenderaan itu.
Next time awak tak perlu tertanya saya di mana. Saya di sini. Ini rumah saya. Come in..”
“Next time saya tak mahu tertanya-tanya awak di mana. Sebab saya nak awak selalu ada dengan saya. Ke mana pun saya pergi.. saya nak awak ikut saya,” ujar Kamarul saat wanita itu mahu masuk ke dalam rumah.
Langkah Irina terhenti di hadapan pintu pagar rumahnya. Lama matanya terpasak di wajah lelaki itu.
“Saya nak kahwin dengan awak, Irina. Tapi satu kenyataan yang awak belum tahu tentang saya. Saya tak menetap lama di sini. Kehidupan saya berpindah randah. Saya harap itu tak jadi masalah pada awak,” ujar Kamarul lembut.
“Maksudnya?” Tanya Irina sambil dia mendekati lelaki itu semula.
“Saya.. bukan mekanik yang dulu. Kerja saya ikut pelumba motor. Ke mana saja mereka pergi, saya kena ikut. Itu mata pencarian saya.”
Irina terpaku memandang wajah lelaki itu. Dia teringat lelaki bernama Kamarul Hisyam yang namanya pernah dibaca di kaca tv setahun yang lalu.
“Awak Kamarul Hisyam ke?” Tanya Irina dalam kepastian yang masih tidak sepenuhnya.
“Ya.”
Irina terus terpaku merenung susuk wajah itu. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan saat ini. Mahu ucap tahniah atau apa, dia sendiri masih keliru.
“Jadi awak balik Malaysia ni untuk apa?”
“Race..”
Irina tersenyum pahit sendiri. Jadi bermakna setelah musim perlumbaan di litar Sepang berakhir, lelaki itu akan pergi lagi entah ke mana pula. Sama saja seperti hubungannya dengan Aizul dahulu. Perlumbaan duduk di tempat pertama, dia entah di tempat ke berapa.
“Saya tahu tak semua perempuan suka dengan kehidupan macam ni.”
“Saya pun tak suka kehidupan yang macam ni..” jawab Irina pantas membuatkan wajah Kamarul berubah. Liur yang ditelan lelaki itu terasa kelat. Adakah Irina sudah memberi isyarat mahu menolak cintanya?
“Awak tahu.. bekas teman lelaki saya dulu seorang pelumba. Empat tahun saya menunggu. Saya tak pernah duduk di tempat pertama dalam hidup dia. Lebih dari itu.. saya yang menjadi alasan dia gagal dalam setiap perlumbaan yang disertai,” jelas Irina.
“Saya tak macam tu, Irina.” Kamarul tunduk seketika menelan kepahitan sendiri.
“Tapi kalau saya ikhlas, saya kena terima apa pun keadaan dan cabarannya.”
“Saya cuma nak awak tahu, hidup dengan saya tak mudah. Saya ada tekanan yang saya terpaksa harungi selama saya bergelar jurutera di litar lumba,” jelas Kamarul lembut.
“Saya tahu.” Irina menjawab tenang sahaja. Dia sudah melihatnya ketika bersama dengan Aizul dahulu.
“Tapi kalau awak rasa kehadiran saya ni akan jadi beban sehingga awak tak boleh berjaya dalam karier awak.. saya mintak awak tinggalkan saya sekarang. Saya tak mahu dipermainkan sekali lagi. Saya dah serik dengan pengalaman lepas, Kamarul.”
“Irina, jangan salah faham. Kerjaya bukan segala-galanya bagi saya. Saya masih perlukan teman hidup. Saya perlukan peneman di sepanjang hidup saya, seseorang yang boleh berkongsi susah payah saya. Seseorang yang boleh buat saya tersenyum waktu saya rasa tertekan. Dan saya nak sayangkan seorang perempuan. Kerjaya tak mampu memuaskan kehendak saya dalam kehidupan ni. Saya perlukan sebuah keluarga untuk menyempurnakan kehidupan saya naluri saya sebagai lelaki,” jelas Kamarul lembut.
“Saya dah lama ingat pada awak. Seseorang yang pernah datang dalam hidup saya dulu. Tapi hanya sekejap. Sayangnya ingatan saya ni tak pernah lepas tentang awak. Setiap kali saya fikir tentang awak, hati saya pedih. Saya ingat awak mungkin dah bahagia dengan lelaki yang awak sayang,” ucap Kamarul lagi.
Irina terpaku memandang raut itu. Penuh kesungguhan, rayuan. Hatinya tidak sampai untuk menolak.
“Kita masuk dulu..” ajak Irina tanpa mahu berbicara panjang lebar di situ.
“Emm.. dalam rumah awak ada siapa?” Tanya Kamarul agak serba salah.
“Ada saya. Tak cukup ke?” balas Irina selamba.
“Uih! Bahaya tu..” ujar Kamarul mula memperlahankan langkah.
“Kenapa pulak? Awak takut kena tangkap khalwat dengan saya ke?” cabar Irina selamba.
Kamarul mula terkulat-kulat. Kena tangkap khalwat okay lagi. Dia takut dia yang tak kuat iman. Buatnya dia pergi terkam Irina di dalam rumah itu, siapa yang susah?
“Kawan serumah saya ada. Jangan risau. Kita tak berdua-duan pun,” ucap Irina seketika kemudian.
“Oh..” lega hati lelaki itu seketika.
Namun setelah masuk ke dalam rumah, Irina tiba-tiba turun semula ke bawah.
“Eh! Awak kena duduk luar. Kawan saya takdelah. Dia balik kampunglah pulak.” Irina tiba-tiba ketawa di hadapan lelaki itu.
“Saya kena duduk luar??” Kamarul tercengang di hadapan Irina.
“Sorry.. sekejap aja. Tak jadi plan kita. Awak tunggu sekejap. Saya tukar baju. Then saya hantar awak ke mana awak nak pergi lepas kita breakfast nanti.”
Mahu tidak mahu lelaki itu keluar juga. Takkan nak duduk juga di dalam rumah itu, kan? Bahaya!
Selepas sarapan pagi itu, Kamarul memandu ke arah Sepang semula. Namun dipertengahan jalan itu Kamarul berhenti di tempat mereka berdua bertemu buat pertama kali dahulu. Irina tersenyum sendiri memandang batu itu. Masih ada kesan cat berwarna putih di permukaan batu itu. Dia yang empunya catnya.
Sambil bersandar ke kereta, dia memandang lelaki itu berdiri memandang batu itu.
“Awak tulis apa kat situ?” Tanya lelaki itu setelah dia menghampiri wanita itu semula.
“Saya nak awak call saya,” jawab Irina sambil dia memandang ke arah batu itu.
“Lepas tu awak ada datang sini lagi?” Tanya Kamarul lagi.
Irina sekadar menggeleng. Dia sudah tidak sanggup melalui keperitan itu lagi. Menunggu dan menunggu tanpa jawapan. Setiap kali melalui kawasan ini dia berusaha tidak mahu memandang.
“Come..” ajak Kamarul lantas menarik tangan wanita itu ke arah batu itu. Mahu tidak mahu Irina mendekati batu itu.
Namun saat dia mendekat, barulah dia Nampak dengan jelas satu tulisan yang ditulis dengan marker pen.

Irina, tolong call saya. Saya masih tunggu awak.

Di sebelah tulisan itu ada sebaris nombor dan nama Kamarul tertera di situ. Irina tidak terkata saat memandang tulisan itu. Mulut yang terbuka terus ditutup dengan tangannya. Kenapa dia tidak pernah terfikir mahu menjenguk ke sini lagi selepas kali terakhir itu? Ya Allah..
“Dulu waktu kita berjumpa, saya bukan sesiapa. Saya hanya mekanik biasa hanya berbekalkan sijil diploma dari Mara. Saya kerja di pusat servis Honda dan separuh masa saya membaiki motor di jalanan. Kemudian musim perlumbaan, saya berkerja part time di litar F1 tu. Saya ni memang minat dengan enjin superbike. Saya suka ubah enjin ikut kreativiti saya sendiri. Nasib saya baik. Saya mendapat tawaran kerja dari Idimatsu Race dari Jepun dengan kontrak kerja selama tiga tahun. Saya belajar sambil berkerja di litar lumba. Selepas tamat kontrak dengan Idimatsu.. saya berkerja dengan Honda sampai sekarang.”
Irina terus memandang lelaki itu saat lelaki itu bercerita.
“Dulu sebelum saya dibawa oleh team Idimatsu ke London.. saya nak cari awak. Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak awak ikut saya. Tapi waktu tu saya tak dapat hubungi awak. Hari terakhir saya kat sini dulu, saya berdiri depan batu ni. Saya serba salah. Hati saya kata, mungkin awak akan cari saya suatu hari nanti. Tapi saya tak sampai hati nak biarkan nombor telefon saya terus tertera kat situ. Saya takut ada orang lain yang dalam kesusahan macam awak dulu. Waktu tu saya dah takde nak tolong dia,” ujar Kamarul lagi.
“Kalau awak tak padamkan nombor awak atas batu tu.. dah lama saya call awak.”
“Saya minta maaf. Irin..” Kamarul menarik tangan wanita itu agar memandang kepadanya.
“Sekali lagi saya minta. Kahwinlah dengan saya. Saya dah tak sanggup kehilangan awak lagi macam sebelum ni. Saya nak awak ikut saya ke mana saja saya pergi. Jadi teman hidup saya. Saya tak main-main. Saya tak pernah lalui keadaan ni dengan orang lain. Tapi awak.. selalu ada dalam fikiran saya walaupun lima tahun kita tak pernah berjumpa. Saya tahu awak istimewa untuk saya. Jodoh yang dah Allah tentukan untuk saya,” ujar Kamarul lembut.
Wanita itu tidak terkata di situ. Namun betapa hanya Tuhan sahaja yang tahu terharu hatinya. Lidahnya terasa kelu untuk menjawab ya. Namun pandangan matanya terasa hangat. Sungguh! Dia terasa mahu menangis saat ini.
“Saya janji saya takkan sia-siakan awak..”
“Saya dah lama tunggu kata-kata macam ni dari seorang lelaki yang saya harapkan..” jawab Irina perlahan.
“Siapa lelaki tu?”
“Seorang lelaki yang betul-betul wujud depan saya waktu saya dalam kesusahan. Saya tak pernah lupa dia bersusah payah menolong saya sedangkan teman lelaki saya tak pedulikan saya. Awak lelaki tu!” jawab wanita itu bersungguh.

Kamarul meraup wajahnya perlahan penuh kelegaan. Penuh kebahagiaan. Penuh keharuan. Ya Tuhan.. satukanlah hati kami buat selamanya.

JODOHKU BERTAMU DI PINGGIR JALAN! BAHAGIAN 3


MH 19 Amsterdam-Kuala Lumpur.
Sekumpulan lelaki itu lekas mengambil tempat masing-masing. Ruangan kelas perniagaan itu hanya dipenuhi oleh kumpulan mereka yang baru selesai berurusan di Rome. Lelaki seorang itu duduk di kedudukan yang paling hampir dengan kelas ekonomi.
Kamarul memejamkan mata seketika. Tidak sabar mahu pulang ke tanah air. Sementara menunggu penumpang lain memenuhi penerbangan itu, mereka dihidangkan dengan air. Sehingga dia terlihat tirai yang membatasi bahagian dapur pesawat itu mula diikat. Dan seorang pramugara menutup pintu pesawat yang paling hadapan.
Pengumuman keberangkatan mula kedengaran. Seterusnya pesawat ditolak keluar dari parking bay sementara juruterbang melaporkan melalui system pembesar suara yang pesawat bakal bergerak ke landasan dan anak-anak kapal diminta duduk. Dan lampu di ruangan kabin mula dimalapkan sebagai persediaan untuk berlepas.
Kamarul memandang ke luar jendela. Kelibat cahaya pada terminal sudah mula mengecil menandakan mereka sedang berada di landasan. Seterusnya enjin pesawat mengaum dan kenderaan Boeng 777 200 itu mula bergerak laju untuk terbang.
Sejam kemudian, ruangan kabin itu kembali terang benderang. Makan malam dihidangkan. Kamarul hanya bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Namun dia disenggol teman sebelahnya.
Dinner..” ucap lelaki itu separuh berbisik. Dua orang anak kapal kelihatan sedang melayan penumpang di kerusi sebelah sana.
Di pertengahan jam penerbangan itu, Kamarul masih tidak mampu lena. Gerak pesawat itu sedikit tergoncang. Isyarat pasangkan tali keledar kembali dinyalakan. Dadanya berdebar seketika. Dia cuba mengintai ke luar. Namun gelap sahaja. Tiada apa yang dapat dilihatnya dalam ketinggian seperti ini. Cuma dirasakan pesawat gergasi itu turun naik seolah-olah cuba mengelak sesuatu. Kemudian diikuti pengumuman dari juruterbang bahawa mereka sedang melalui cuaca yang kurang menyenangkan.
Kamarul meraup wajahnya seketika. Letih mengharungi penerbangan selama berjam-jam begini. Hati juga tidak aman.
May I?” ucap perempuan amat perlahan.
Kamarul segera mengangkat pandangan. Di matanya tertera seseorang yang pernah dikenalinya. Lama matanya terpasak ke raut itu. Wanita itu sempat mengalihkan pandangan kepada seorang lagi lelaki yang memandangnya. Namun pandangannya hanya singgah seketika sahaja.
“Excuse me, sir..” ucap wanita itu lembut. Meminta izin untuk mengembalikan meja itu ke kedudukan yang asal. Gelas berwarna jernih di atas meja itu dialihkan sebelum meja itu dinaikkan.
“Thank you,” ucap lelaki itu kepada Irina.
“You’re welcome. Fasten your seat belt please.” Ucapan itu dialihkan kepada Kamarul pula.
Kamarul terus terpaku sehingga wanita itu meninggalkan kawasan tempat duduknya. Irinakah itu?? Ya! Irina. Tapi lelaki itu ragu. Masih ingatkah wanita itu kepadanya?
“What’s up?” lelaki di sebelah Kamarul itu menegur. Hairan melihat temannya memanjangkan leher ke arah dapur pesawat di hadapan sana. Bukannya nampak apa-apa. Dapur itu dibatasi oleh langsir.
“Nothing.” Kamarul menggeleng sedikit sebelum kembali bersandar ke kerusi. Hatinya meronta entah kenapa mahu ke situ. Wanita itu mahu dilihatnya lagi.
Dia dah kahwin ke agaknya? Bisik hati lelaki itu sendiri. Dia masih ingat, kali terakhir dia menghubungi Irina dahulu, wanita itu mengaku yang dia sudah berteman. Takkan masih belum kahwin?
Sejam kemudian isyarat pasangkan tali keledar kembali dipadamkan. Kesempatan itu segera direbut Kamarul. Konon buat-buat ke tandas. Padahal saat melalui ruangan dapur pesawat itu dia memandang tiga orang anak kapal yang sedang berbual sesama sendiri di situ. Tiada Irina di situ. Sudahnya dia terus mencari tandas berhampiran dengan kawasan kokpit. Di lorong kecil hadapan tandas itu dia terlihat seorang perempuan sedang berdiri sambil bercakap melalui telefon. Wanita itu agak terkejut melihat Kamarul ada di situ. Namun dia segera mengalihkan kedudukannya yang menghadang jalan.
Kamarul terus berdiri di situ memandang wanita yang sedang membelakanginya itu. Irina menoleh semula. Ganggang telefon itu dikembalikan ke tempatnya.
“Toilet kat sana, encik..” ucapnya lantas menunjukkan di mana kedudukan tandas.
“Saya nak jumpa awak,” ucap Kamarul kepada wanita itu. Pada tanda nama di seragam kebaya yang dikenakan Irina tertera nama Nur Irina. Bermakna memang benarlah ini Irina yang pernah ditemuinya dahulu.
“Saya rasa awak masih ingat saya,” ucap Kamarul tanpa dapat mengalihkan pandangan daripada raut itu. Entah kenapa hatinya pedih saat memandang raut itu.
“Saya tak tahu nak cakap apa..” balas wanita itu amat perlahan. Dadanya terasa mahu pecah saat dia terpandang lelaki itu tadi. Sebak entah kenapa. Tidak sangka Tuhan menemukan mereka di sini.
“Awak dah kahwin?” Tanya Kamarul amat perlahan.
“Awak?”
Kamarul terus membisu. Wajah itu dipandang tanpa jemu. Harap-harap masih ada ruang untuk dia mendekati wanita ini. Dahulu cintanya tidak kesampaian. Tentu ada sebab mengapa Tuhan menemukan mereka berdua semula.
“Saya tunggu awak yang kahwin dulu,” ujar Kamarul seketika kemudian.
Irina meraup wajahnya. Entah kenapa hatinya dipagut kesedihan mendengar itu.
“Saya belum kahwin..” ucap Irina tanpa memandang sang lelaki.
Kamarul mengangguk perlahan penuh kelegaan. Nampaknya masih ada peluang untuknya.
“Saya nak bermula semula dari awal. Saya tunggu awak di tempat kita pernah berjumpa dulu. Saya tahu awak ada tulis sesuatu di situ. Tapi awak padamkan. Kenapa?”
Irina tersandar pada dinding di belakangnya. Setitis air matanya gugur di tubir mata. Ya Allah.. hebatnya ujian-Mu.
“Saya takut saya bertepuk sebelah tangan.”
Kamarul meraup wajahnya sambil menggeleng sendiri. Sayangnya dia pernah kehilangan telefon suatu masa dahulu. Satu-satunya nombor yang dapat menghubungkan mereka sudah tiada dalam simpanannya. Sebelum dia bertolak ke London dahulu, dia pernah berdiri di hadapan batu itu. Memadam nombor telefonnya di batu itu dengan rasa pedih di hati. Harapan terakhir agar Irina menghubunginya sirna semuanya.

Namun takdir hari ini cukup indah. Setelah lima tahun berlalu, dia dan wanita ini bertemu lagi. Dan dia mahu memulakan semula semuanya!

JODOHKU BERTAMU DI PINGGIR JALAN! BHG 2



Pertemuan antara sepasang manusia itu tidak aman. Seperti selalunya mereka terus bertelagah tentang hal yang sama. Kahwin!
“I tak boleh fokus, ling! Pleaselah.. Jangan cakap pasal kahwin boleh tak? I tak suka!”
“Sampai bila? Dah empat tahun, bee! Family I dah bising kita berkawan lama-lama.”
“I masih tak dapat apa yang I nak. Cita-cita I masih jauh lagi. So I tak boleh terima semua ni,” ujar Aizul serius.
“What?? You berlumba untuk cari duit. This is not your real life!” tekan Irina hampir menggigil suaranya.
“This is my life, Irin!!” jerit Aizul tiba-tiba.
“So I ni apa??” balas Irin ikut meninggikan suara. Kegagalan demi kegagalan yang dilalui oleh lelaki ini, dia yang dijadikan sebab kegagalan lelaki itu. Hatinya remuk hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Distraction. I’m sorry..”
Irina terpaku memandang wajah lelaki itu. Benarkah selama ini dia adalah gangguan kepada lelaki itu? Sebegini lama dia bersabar, rupanya dia adalah gangguan semata kepada lelaki itu dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi pelumba kereta ternama.
Okay then.. I pun dah penat jadi punca kepada kegagalan you, Aizul.” Irina hanya mampu menyeka air matanya sendiri. Sebentuk cincin yang pernah diberikan oleh lelaki itu ditanggalkan dari jemarinya.
“Sampai di sini ajalah kita..” ucap Irina nekad. Dia sudah tidak sanggup lagi menunggu buah yang takkan gugur. Letih. Namun saat itu air mata yang jatuh di pipinya tidak terseka. Sia-sia saja semuanya!
Lelaki seorang itu hanya kaku membiarkan sang kekasih berlalu membawa hati yang terluka. Demi cita-cita, dia nekad. Biarlah dikorbankan Irina buat seketika. Dia tahu.. lama kelamaan Irina akan kembali juga kepadanya.

***************

Bosan berkurung di kamar, Irina turun ke bawah untuk menonton tv.
“Baru nampak muka kau. Tak kerja ke?” sapa Marla saat Irina mendekatinya di sofa. Bayang Irina di rumah ini macam biskut. Sekejap ada sekejap tiada. Kadang kala Irina terbang ke luar negara tanpa memberitahu dia. Tahu-tahu dah tiada. Semenjak ditugaskan untuk laluan antarabangsa berhari-hari baru Irina pulang semula ke rumah.
“Asyik kerja aja, matilah..” jawab Irina lantas duduk di sebelah temannya itu. Apa yang dipandang Marla ditatapnya juga.
“Apa kau tengok tu, Mar. Bosannya?” tegur Irina.
“Asian Road Racing Championship. Aku nak tengok Malaysian Riders.”
“Ada ke Malaysian Riders? Kat mana race ni?” Irina sekadar memandang kosong ke arah tv. Dia bukannya minat sangat lumba kereta atau motor ni semua. Serik! Cukuplah seorang lelaki yang pernah dikenalinya sebagai pelumba kereta amatur. Tak habis-habis dengan kereta!
“Qatar..” jawab Marla endah tidak endah sahaja. Matanya tetap focus kepada perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi yang masih belum bermula. Masih dalam persediaan untuk ujian masa.
Melihat Marla masih focus kepada siaran langsung itu, mahu tidak mahu Irina menonton juga. Namun saat nama pelumba Malaysia yang diumumkan. Dia ternampak nama Kamarul Hisyam tertera di kaca tv sebagai jurutera jentera yang dipandu oleh pelumba itu. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki seorang itu. Kebetulan pula nama Kamarul, kan?? Tetapi usia yang lelaki itu 34 tahun. Tak mungkinlah Kamarul itu, kan? Kamarul yang itu nampak macam budak-budak aja.
Tapi Irina terlupa yang kisah itu kisah tiga tahun lalu. Sudah lama masa berlalu sebenarnya. Dia rupanya masih ingat kepada lelaki seorang itu. Seorang lelaki yang benar-benar hadir saat dia dalam kesusahan.
“Hoi! Termenung kenapa?” tegur Marla saat melihat Irina hanya termenung memandang ke arah lain. Bukannya memandang tv.
Irina terkejut ditolak Marla. “Apa?”
“Kau termenung kenapa? Muka sedih semacam aja?” Tanya Marla lagi.
“Mana ada muka aku sedih.”
“Kau dengan Aizul gaduh lagi ya?”
“Dah putus pun..” jawab Irina selamba.
“Lagi?? Serius ke ni?” Mata Marla terbuntang luas macam tidak percaya.
“Takde masa nak main-main..” ujar Irina tanpa memandang teman karibnya itu.
“Kau okay ke ni? Kenapa tak cerita dengan aku?” Marla mula mengalihkan duduk menghadap Irina.
“Tak menarik nak diceritakan pun. Dia dah tak berminat. Buat apa aku nak tunggu lagi?” ujar Irina tetap selamba macam tiada apa-apa. Namun pedih hatinya tidak terucap.
“Kesiannya kau. Betul ke kau okay ni?” Tanya Marla sekali lagi.
“Kau nampak aku ni macam perempuan gila ke? Takde, kan? So maknanya aku okaylah. Aku dah lama bersedia, Mar. Aku dah tak kisah. Semenjak dulu dia memang tak minat nak kahwin pun. Aku aja yang bodoh dok menunggu dia,” jawab Irina bersungguh.
Marla menghela nafas perlahan. “So single baliklah kau ni ya? Takpe. Aku pun single juga. Welcome to the club!”
“Mengada! Takde mananya aku nak single lama-lama. Aku nak kahwin. Nak ada suami. Nak jadi suri rumah tangga. Aku penat kerja!” ucap Irina lantas bangun dari situ.
“Elleh.. nak jadi surirumah tangga konon. Kalau dapat lelaki kaya, bolehlah dia tanggung nafsu shopping kau tu. Kalau dapat mekanik cabuk, macam mana?” ujar Marla agak meninggi.
“Mekanik cabuk pun okay. Aku tak shopping dahlah lepas ni. Yang penting dia baik, dia ikhlas, dia jaga aku baik-baik. Dpaat anak dato kaya raya tapi tak pedulikan aku nak buat apa?” Irina menjawab dari atas tangga.
Marla menggeleng sendiri. Mengutuk Aizullah tu. Tahulah Aizul tu anak dato!
Namun ketika di atas Irina termenung sendiri. Mekanik cabuk? Di mana mekanik cabuk itu?? Sudahnya Irina menekup wajah ke bantal. Bantal itu dipukul-pukulnya.
“Kamarul, awak di mana? Calllah saya!” rintih hati wanita itu tidak tertahan.

*****************

Batu itu..
Matanya memandang lagi batu itu. Dah macam batu bersurat pula. Duduk bersidai di tepi jalan merenung batu yang setia duduk di situ semenjak bertahun-tahun dulu.
Mana aku nak cari dia? Nombor dia aku dah hilangkan.. bisik hati perempuan itu sendiri. Tak berkesudahan dia asyik mengenang lelaki seorang itu. Sudahnya Irina mendekati batu itu. Masih ada sedikit warna merah. Selebihnya sudah luntur. Maklumlah.. sudah lama masa berlalu.
Irina mengeluarkan cat spray yang dibawanya. Botol itu digoncangnya beberapa kali sebelum mula mengukir satu tulisan pada batu itu.

Call saya. Saya dah lama cari awak.

Namun seketika kemudian tulisan itu disembur habis sehingga terpadam. Tidak! Buatnya lelaki itu sudah berkahwin. Tak ke malu dia nanti? Irina menghela nafas sendiri. Tidak tahu mengapa dia jadi begini. Penunggu setia batu itu!
Ya Allah.. macam mana aku nak lupakan dia? Kenapa aku asyik teringatkan dia semenjak dulu? Kenapa perasaan ni semakin mendesak semenjak kebelakangan ini?
Irina kembali semula ke keretanya. Buat seketika batu itu dipandangnya lagi. Alangkah baiknya kalau iklan dulu itu masih ada di situ. Tetapi sayangnya tidak begitu.

Kamarul, di mana awak sekarang??

JODOHKU BERTAMU DI PINGGIR JALAN! BHG 1


“Ah! Sudah. Kenapa pulak dengan kereta ni??” Irina mula tidak tentu arah sendirian di dalam kereta. Bukan kereta dia! Ini kereta rakan serumahnya. Keretanya dipinjam oleh Marla untuk pulang ke kampung. Sudahnya dia terpaksa menggunakan kereta Marla yang agak cabuk itu.
Puas tersengguk-sengguk akhirnya kereta itu selamat berhenti di pinggir jalan. Irina cuba menghidupkan semula enjin kereta itu. Menyala. Namun enjin kereta itu mati beberapa saat kemudian. Seterusnya enjin kereta itu tidak dapat dihidupkan lagi.
Irina mula mendecit sendiri. Berfikir apa yang perlu dibuat. Kepada siapa hendak meminta bantuan. Sudahnya Irina memanggil teman lelakinya. Kali ketiga dia memanggil barulah panggilannya dijawab Aizul.
“Nak apa, ling? I busy ni,” keluh Aizul terasa terganggu dengan panggilan itu.
“Bee, tolong I. Kereta Mar ni buat hal.”
“Buat hal apa pulak? Yang you pergi pakai kereta dia nak buat apa? Kereta you kan ada,” balas Aizul acuh tidak acuh sahaja.
“Tak boleh start ni. I kat tepi jalan ni. Please, bee. Datang sini kejap. I tak tahu nak buat apa ni,” keluh Irina separuh merayu.
“You kat mana?” tanya Aizul malas.
“I dah nak sampai kat KLIA. Lepas roundabout kedua. Cepat datang sini, bee. Panas ni!”
“Jauhnya?? You buat apa pergi KLIA? You ada flight ke sekarang?” tanya Aizul hairan.
“Adalah urusan I! Banyak tanyalah you ni,” getus Irina sebal. Sakit hati dengan ragam teman lelakinya.
“I baru baliklah, ling. Mengantuk ni. Call kawan-kawan youlah. You ramai kawan kat sana, kan?” Aizul merungut malas.
“Sekejap aja, bee. Bee!!” terjerit-jerit Irina melalui telefon itu. Namun talian sudah dimatikan oleh Aizul.
“Jantan tak guna! Lebih baik tak payah ada teman lelaki kalau kau tak peduli pasal aku!” Hampir sahaja Irina mahu mencampakkan telefon itu ke luar tingkap. Makan hati dengan sikap endah tidak endah teman lelakinya.
Buat seketika Irina hanya mampu terpegun di dalam keretanya. Berfikir lagi siapa yang mahu dipanggil. Takkan Marla di kampung itu mahu dipanggilnya? Sudahnya Irina memanggil dua lagi temannya. Namun jawapan yang diterima amatlah menghampakan. Kedua-duanya berada jauh dari Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan. Sudahnya Irina keluar dari kereta. Panasnya ya ampun dalam kereta yang sudah tidak beraircond itu.
Sebuah dua kereta melintas. Namun  bukan bantuan yang mahu dihulurkan.
“Phewwit.. cunlah awak ni. Berkenalan boleh?” jerit seorang lelaki dari tingkap kereta.
“Mangkuk!” desis Irina benci. Seketika kemudian dia menghela keluhan sendiri. Masih tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kiri dan kanannya langsung tiada penempatan manusia. Yang ada hanya bukit di sebelah kanan dan semak samun melata di sebelah kiri. Seram juga dia.. jalan ini agak lengang pada sesetengah waktu.
Namun sedang dia termenung matanya terpandang ke arah sebuah batu yang melekat pada tanah di tepi jalan itu. Tidak jauh dari tempat dia berdiri. Ada contengan cat spray pada permukaan batu itu. Irina segera pergi mendekat.
Mekanik, tayar pancit, enjin mati tiba-tiba sebab kau lupa isi minyak, semua boleh.. call atau sms Kamarul 019-342****. Dijamin anda tak perlu balik jalan kaki! Nak tunggu bas? Bas Sepang ni memang hampeh!
Berkerut kening Irina merenung iklan itu. Macam ia aja. Namun seolah mendapat nafas baru, Irina berlari ke kereta semula untuk mendapatkan telefonnya. Setelah nombor itu didail, dia melekapkan telefon itu ditelinganya.
“Wei..”
“Ha?” Irina memandang semula telefonnya. Nama Kamarul. Tapi cakap Cina. Betul ke tidak nombor ni??
“Hello..” sapa Irina sedikit teragak-agak.
“Amboi.. merdunya suara. Mesti cun orangnya ni. Nama saya Kamarul. Bujang lagi. Cari siapa? Cari jodoh ke?” balas suara tadi. Elok pula cakap Bahasa Melayu.
“Erk?” Irina terkedu. Ada aku kesah kau bujang ke tidak??
“Saya perlukan mekanik sekarang..” luah Irina sedikit teragak-agak.
“Oh. Nak mekanik ya? Boleh. Boleh. Kat mana cik sekarang?” pintas lelaki itu lebih cepat. Macam dah terbau-bau duit aja dia sekarang ini.
“Saya dekat dengan KLIA. Lebih kurang 1 km selepas roundabout kedua. Tahu, kan? Saya ada kat tepi jalan ni.”
“Tahu.. tahu.. okay. Saya datang sekarang.” Seterusnya talian terus dimatikan.
“Aik? Dia tak tanya pun apa kerosakan kat kereta ni. Main serbu aja,” ujar Irina hairan sambil merenung telefonnya. Namun memikirkan janji lelaki itu mahu datang segera, hatinya sedikit terubat. Sudahnya Irina kembali menunggu di tepi kereta.
Sedetik, dua detik dia menanti.. hari semakin meninggi. Hati juga kian resah. Kulit pula mahu terbakar kepanasan. Namun mekanik yang dinanti entahkan di mana.
"Aduii.. Mana mekanik ni?? Panas ni, tahu tak!" Keluh Irina sambil mengipas diri dengan tangannya. Panas mentari memeritkan dan merimaskan. Jam di pergelangan tangan sekali lagi dibelek. Sudah sejam. Mekanik yang dipanggil tak juga sampai.
Akhirnya gadis itu duduk semula di dalam kereta sambil pintu dibiarkan terbuka luas.
Tidak lama kemudian kelibat seorang lelaki hadir dengan motor kapcai dan kotak peralatannya.
"Maaf. Saya lambat.."
"Hmm.." Itu sahaja yang dijawab Irina. Dah sampai, okaylah tu. Malas nak panjang cerita.
Namun seketika kemudian Irina lihat lelaki itu asyik menggaru kepala.
"Awak boleh repair kereta saya ke tidak? Macam tak tahu aja?" Tekan Irina mula hilang sabar. 
"Emm.. Kereta saya tak pandai sangat, cik."
"Ha??" Irina sudah ternganga.
"Jadi macam mana awak boleh kata awak ni mekanik kalau tak pandai pasal enjin??" Tekan Irina geram.
"Saya mekanik motor. Cik call saya, mana dapat nombor?"
"Tu.." Irina memuncungkan mulutnya ke arah batu di bahu jalan. Penuh dengan contengan nombor telefon. Batu pun boleh jadi tempat iklan!
"Takde tulis pun yang awak ni mekanik motor?" Tanya Irina.
"Batu tu kecil sangat. Takde ruang nak tulis," jawab lelaki itu.
Irina ternganga. Boleh pulak macam tu??? “Habis tu yang iklan tu awak tulis panjang-panjang buat apa? Yang penting awak tak tulis pun. Sampai saya pun tertipu!” ujar Irina mula bengang. Nampaknya masalah tak selesai juga biarpun lelaki ini sudah ada di sini.
Kamarul menggaru lagi kepalanya. Sedar memang itu salahnya.
“Saya lupa nak tulis sebenarnya..”
Gadis itu hanya mampu menggelengkan kepala. Tak tahu nak cakap apa dah.
“Err.. macam nilah. Saya nak balik pun tak sampai hati nak biar awak seorang kat sini. Bahaya. Saya tolong tengok dulu ya? Dulu kat kampong saya pernah tolong ayah saya baiki enjin mesin rumput dia. Tapi itu dah lama. Saya pun dah tak berapa ingat,” ujar Kamarul lembut.
“Mesin rumput??” soal Irina macam tidak percaya. Mesin rumput punya enjin mahu disamakan dengan kereta? Biar betul mamat ni!
“Kenapa pandang saya macam tu? Macam nak makan saya aja,” ujar Kamarul tiba-tiba tidak tentu arah melihat Irina merenung tajam kepadanya.
“Banyak cakap!” desis Irina geram.
“Orang kampong memang macam ni. Peramah dengan orang KL.”
“Tak semua yang peramah tak kena tempat macam awak.” Irina membalas pantas.
“Aik? Macam tahu aja? Pernah dating dengan orang kampong ke?”
"Awak ingat awak boleh kelentong saya? Dalam Malaysia ni awak aja ke yang berasal dari kampung?" desis Irina makin dilayan pula bicara lelaki itu.
"Eh! Ia ke? Cik pun orang kampung ke? Tak macam orang kampung pun? Ni mesti Kampung Baru, kan?" Kamarul mula tersengih sengih untuk mengcover malu.
"Poyo betul mamat ni!" Gerutu Irina seorang diri.
"Tengok.. Orang kampung tak sebut poyo. Orang KL aja yang suka sebut poyo!"
"Diam boleh tak? Panas ni tahu tak! Awak nak tolong saya ke tidak?" Marah Irina geram dengan lelaki itu. Satu jelingan tajam diberikan tanpa dapat ditahan.
"Saya cuba dulu ya? Tapi kalau meletop enjin kereta ni, saya tak tanggung! Saya pandai enjin motor dengan enjin mesin rumput aja," Jawab Kamarul selamba.
"What?? Don't touch my car!!" Makin meruap-ruap angin lintang yang membelah kepalanya. Sudahlah panas. Lelaki ini macam main-main aja.
“Saya cubalah dulu. Takpe. Saya ni jenis tepati janji. Kan saya dah tulis dalam iklan tu. Anda dijamin takkan pulang jalan kaki,” ujar Kamarul bersungguh.
Irina sekadar memandang lelaki itu menghadap enjin keretanya. Namun seketika kemudian dia bertanya.
“Awak takde contact number mekanik kereta ke?”
“Ada. Tapi mekanik tu kalau call pun dia takkan datang pun. Dia tetap nak awak towing kereta ke bengkel. Dia seorang aja yang saya kenal sebab dekat dengan tempat kerja saya,” ujar Kamarul sambil memandang ke arah gadis itu seketika.
Irina menghela keluhan lagi setelah mendengar itu. Selalunya banyak pula lori penunda lalu lalang mencari kereta yang tersadai di tepi jalan. Sekarang ini lengang pula. Memang dah nasib.
Kamarul terus menghadap enjin itu. Kemudian dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta cuba dihidupkan. Namun masih juga seperti tadi. Dia kembali lagi ke arah enjin. Terbongkok-bongkok dia mengerjakan enjin kereta itu. Semakin payah apabila peralatan yang diperlukan tidak dimilikinya saat itu.
“Boleh ke tidak?” Tanya Irina setelah agak lama lelaki itu mengerjakan enjin kereta itu.
“Belum lagi..”
“Apa rosaknya?” Tanya Irina sekadar mahu menduga.
“Distributor rosak..”
Ha? Apa benda yang disebutkan Kamarul itu pun dia tidak tahu. Entah ia entah tidak mamat ni. Tadi kata tak tahu pasal enjin kereta.
“Jadi macam mana sekarang?” Tanya Irina lagi.
“Saya cuba hidupkan enjin ni dulu. Janji kereta awak ni lepas sampai ke bengkel dahlah, kan?” jawab Kamarul tanpa memandang Irina di tepinya. Irina sekadar mengiakan kata-kata lelaki itu di dalam hati.
Setelah dicuba berkali-kali, ajaibnya enjin kereta itu menyala juga. Betapa leganya hati wanita itu melihat itu. Malangnya si Kamarul itu sudah terjelir lidahnya kehausan.
“Ada air tak?” tanyanya kepada Irina.
“Mana ada! Saya pun haus juga ni..”
Kamarul duduk seketika di tepi kereta itu. Agak redup di situ. Peluhnya sudah lencun sampai ke seluar. Punyalah bersungguh-sungguh menolong awek nan seorang ini.
“Haus sangat ke?” Tanya Irina mula kasihan melihat lelaki itu.
“Kalau ada sungai depan saya ni.. saya dah sedut sampai tinggal pasir!” jawab Kamarul macam bersungguh aja.
Irina mahu tergelak mendengar jawapan lelaki itu. Namun bibirnya dikertap sendiri.
“Jomlah.. saya follow awak sampai bengkel. Takut enjin ni mati semula. Kesian awak nanti,” ujar Kamarul lantas bangun semula.
“Bengkel kat mana? Saya mana tahu!” ucap Irina pantas.
“Ikut sayalah. Saya bawa ke bengkel yang saya selalu pergi,” balas lelaki itu lantas pergi ke kotak peralatannya. Pekakas yang sudah digunakan kembali disimpan.
Sambil memandu Irina mengekori lelaki itu. Lelaki itu membawa dia ke daerah Salak Tinggi. Namun ketika di persimpangan lampu isyarat enjin kereta itu mati semula ketika lampu isyarat sudah bertukar hijau. Hon dibunyikan agar lelaki itu sedar apa yang baru sahaja berlaku. Kelam kabutlah lelaki seorang itu memberhentikan motornya ke tepi.
“Mati lagi ke? Bengkel kat depan tu aja..” ucap Kamarul melalui cermin tingkap.
“Macam mana ni?” Irina mula panik. Kali ini kereta itu membuat hal di laluan sibuk pula. Belakang keretanya sudah ada kereta lain beratur. Ada yang membunyikan hon akibat marah.
“Saya tolak. Awak pusing streng ke tepi!” putus Kamarul setelah melihat keadaan semakin hingar di situ. Kemudian dia terus ke belakang kereta.
Berhempas pulaslah lelaki itu menunjukkan keperkasaannya menolak kereta itu seorang diri. Tiada seorang pun sudi memberi bantuan. Naik menggigil kakinya menolak kereta jenis Ford sedan itu tepi.
Irina menghela nafas lega saat kereta itu sudah berada di laluan yang selamat. Kamarul dilihatnya sedang berkejaran mendapatkan motornya yang ditinggalkan di tepi jalan di belakang sana.
“Baiknya mamat tu..” ucap Irina seorang diri. Bersungguh-sungguh lelaki itu menolongnya dalam kesusahan.
“Tunggu kejap. Saya panggil orang tarik kereta ni. Kat depan tu aja bengkelnya.” Kamarul menunding ke arah deretan kedai kurang lima ratus meter dari tempat mereka bertapa saat ini. Irina sekadar mengangguk tanpa kata.
Lima belas minit dia termanggu di dalam kereta itu, akhirnya kelibat Kamarul tiba semula di situ dengan sebuah lori satu tan. Entah siapa punya lori dirembatnya. Irina sekadar memandang dari dalam kereta saat lelaki itu mengikat tali pada bawah kereta. Seterusnya mereka sampai juga di bengkel kereta yang dimaksudkan Kamarul.
“Siapa punya lori tu?” Tanya Irina setelah keretanya ditolak masuk ke dalam bengkel itu.
“Entah.. saya main sapu aja,” ujar lelaki itu selamba.
“Ha?” Irina hampir ternganga mendengar jawapan itu.
“Takdelah. Tauke bengkel tu yang suruh pakai sekejap. Lori tu baru lepas baiki. Nanti dia bagitahulah tuannya. Emergency. Pinjam kejap,” ujar Kamarul lembut.
“Terima kasih banyak-banyak. Berapa saya kena bayar awak ni?”
“30 ringgit dahlah..”
Irina terkedu mendengar amaun yang disebut lelaki itu. Jauh ketinggalan berbanding apa yang dibayangkan oleh fikirannya.
“Mahal ke? Kalau awak takde duit, 10 ringgit dahlah. Kereta ni pun awak nak kena baiki juga. Kesian awak,” ujar Kamarul lagi saat melihat pandangan Irina mula lain macam kepadanya.
“Tak! 30 ringgit aja yang awak cas saya? Tadi awak tolong baiki, tolak kereta ni lagi. Takkan 30 ringgit aja?”
“Biasa saya memang cas 30 ringgit aja. Itu pun ada yang merungut mahal,” jawab Kamarul.
Irina mencari dompetnya di dalam beg tangan. Sehelai not 50 dihulurkan kepada lelaki itu. “Ambillah.. tadi awak kata haus. Baki tu buat minum kopi,” ujar Irina lembut.
“Terima kasih..” jawab Kamarul sambil tersengih.
“Sama-sama..”
“Saya balik dulu ya? Ada apa-apa masalah call lah saya. Takde masalah nak call pun boleh jugak,” ujar lelaki itu sambil tersengih lagi.
Irina hanya mampu menggeleng saat lelaki itu berlalu. Sengal betul mamat tu!

**************
Setiba dari Sydney malam itu Irina terus pulang ke rumah. Tubuh kurusnya terus dicampak ke atas katil. Penat ya ampun. Namun dalam menungannya dia teringatkan teman lelakinya. Semenjak dia terbang ke Sydney dua hari yang lalu, langsung tiada berita dari lelaki itu. Dia pun macam dah tak kesah lagi. Sudah faham benar dengan sikap teman lelakinya. Telefon bila rasa perlu aja.
“Esok aku kahwin dengan dia, dia bercakap dengan aku bila perlu aja. Selebihnya dia dengan kawan-kawan dia, dengan kereta lumba dia tu!” gerutu Irina seorang diri. Bengkak hatinya masih tidak menghilang mengenangkan kejadian lebih sebulan dulu. Aizul langsung tidak bertanya khabarnya setelah membiarkan dia kesusahan di tepi jalan.
“Masalahnya dia nak ke kahwin dengan aku? Ajak kahwin pun tak pernah,” ucap Irina lagi. Setahun menjadi teman wanita lelaki itu, sekali pun mereka tidak pernah berbincang secara serius tentang kahwin.
Namun sedang dia termenung sendiri satu panggilan masuk ke telefonnya. Irina merenung nombor itu. Macam kenal. Tapi nombor siapa ya?
“Hello..”
“Ah Seng.. mana mahu jumpa esok?”
“Siapa Ah Seng?” balas Irina pantas.
“Eh! Silap nombor ke ni?” Tanya suara itu macam beria aja.
“Siapa ni?” Tanya Irina semula. Gaya lelaki itu bercakap macam kenal. Ya! Dia masih ingat tentang lelaki seorang itu. Mekanik sengal!
“Saya kawan Ah Seng..” jawab suara itu bersungguh.
“Jangan main-mainlah! Awak ni mekanik tu, kan?” teka Irina pantas.
“Eh! Mana tahu saya ni mekanik?”
“Awak jangan nak poyo sangatlah, Kamarul. Saya tahu awak sengaja call nombor saya ni, kan?” getus Irina geram.
“Ish! Mana ada. Saya tertekanlah. Tapi alang-alang dah tersalah dail ni, saya nak tanya. Kereta awak dah sihat?” nada lelaki itu mula berubah lunak pula di hujung kata.
“Dah. Sebenarnya itu kereta housemate saya.”
“Ohhhh..” panjang lopongan lelaki itu.
“Awak sihat ke?” Tanya Kamarul lagi.
“Biasa aja. Ada apa awak call no saya ni? Jangan cakap tersalah dail ya. Tak laku trick awak tu!” ucap Irina laju.
Lelaki itu tergelak tiba-tiba di hujung sana. “Saya saja aja. Nak tanya pasal kereta awak tu.”
“Oh.. perihatinnya awak ya, pada kereta tu?” ejek Irina sedikit sinis.
“Sambil tu saya nak tanyalah awak sekali. Awak dah makan ke?” hihihi.. lelaki itu menyeringai seorang diri di hujung sana.
“Saya dah makan tadi..”
“Hari tu.. saya lupa nak tanya nama awak. Boleh ke saya tanya sekarang?”
Irina diam seketika. Sanggup call semata-mata nak tanya nama aku? Padahal aku bukan ada urusan dah dengan dia ni!
“Hello..” tegur Kamarul tatkala Irina hanya membisu.
“Irina..”
“Sedapnya nama. Emm.. Awak dah ada yang punya ke?” halus nada suara lelaki itu menerpa ke telinga Irina.
“Kenapa awak sibuk nak tahu?” balas Irina sekadar bersahaja.
“Saja aja.” Rendah jawapan lelaki itu.
“Saya dah ada teman lelaki.” Irina menjawab jujur.
“Oh ye ke? Saya baru ingat nak mengorat. Okaylah.. tiba-tiba saya rasa malu pulak ni. Bye!” terus talian dimatikan lelaki itu. Irina terkedu memandang telefonnya.
“Senget betullah dia ni! Entah apa-apa!” gerutunya seorang diri.

*********************

Setiap kali dia melalui kawasan itu, entah kenapa dia akan memandang batu itu. Sudah tiada tertera iklan mekanik sengal itu di situ. Nombor telefon sudah dipadamkan dan dia tidak pernah lagi bertemu dengan lelaki itu. Kini setahun sudah berlalu.
Irina menghela nafas sendiri. Tidak tahu mengapa dia suka benar memandang ke arah batu itu setiap kali dia melintasi kawasan itu. Dan setiap kali itu juga dia akan teringatkan lelaki seorang itu. Apa yang istimewanya lelaki itu? Entah. Tiada apa yang istimewa pun sehingga membuatkan dia selalu teringat.


Bersambung..