Pertemuan antara
sepasang manusia itu tidak aman. Seperti selalunya mereka terus bertelagah
tentang hal yang sama. Kahwin!
“I tak boleh fokus, ling! Pleaselah.. Jangan cakap
pasal kahwin boleh tak? I tak suka!”
“Sampai bila? Dah empat tahun, bee! Family I
dah bising kita berkawan lama-lama.”
“I masih tak dapat apa yang I nak. Cita-cita I
masih jauh lagi. So I tak boleh terima semua ni,” ujar Aizul serius.
“What?? You berlumba untuk cari duit. This is
not your real life!” tekan Irina hampir menggigil suaranya.
“This is my life, Irin!!” jerit Aizul
tiba-tiba.
“So I ni apa??” balas Irin ikut meninggikan
suara. Kegagalan demi kegagalan yang dilalui oleh lelaki ini, dia yang dijadikan
sebab kegagalan lelaki itu. Hatinya remuk hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Distraction. I’m sorry..”
Irina terpaku memandang wajah lelaki itu. Benarkah
selama ini dia adalah gangguan kepada lelaki itu? Sebegini lama dia bersabar,
rupanya dia adalah gangguan semata kepada lelaki itu dalam mencapai
cita-citanya untuk menjadi pelumba kereta ternama.
“Okay
then.. I pun dah penat jadi punca kepada kegagalan you, Aizul.” Irina hanya
mampu menyeka air matanya sendiri. Sebentuk cincin yang pernah diberikan oleh
lelaki itu ditanggalkan dari jemarinya.
“Sampai di sini ajalah kita..” ucap Irina
nekad. Dia sudah tidak sanggup lagi menunggu buah yang takkan gugur. Letih. Namun
saat itu air mata yang jatuh di pipinya tidak terseka. Sia-sia saja semuanya!
Lelaki seorang itu hanya kaku membiarkan sang
kekasih berlalu membawa hati yang terluka. Demi cita-cita, dia nekad. Biarlah dikorbankan
Irina buat seketika. Dia tahu.. lama kelamaan Irina akan kembali juga
kepadanya.
***************
Bosan berkurung
di kamar, Irina turun ke bawah untuk menonton tv.
“Baru nampak muka kau. Tak kerja ke?” sapa
Marla saat Irina mendekatinya di sofa. Bayang Irina di rumah ini macam biskut. Sekejap
ada sekejap tiada. Kadang kala Irina terbang ke luar negara tanpa memberitahu
dia. Tahu-tahu dah tiada. Semenjak ditugaskan untuk laluan antarabangsa
berhari-hari baru Irina pulang semula ke rumah.
“Asyik kerja aja, matilah..” jawab Irina lantas
duduk di sebelah temannya itu. Apa yang dipandang Marla ditatapnya juga.
“Apa kau tengok tu, Mar. Bosannya?” tegur
Irina.
“Asian Road Racing Championship. Aku nak tengok
Malaysian Riders.”
“Ada ke Malaysian Riders? Kat mana race ni?”
Irina sekadar memandang kosong ke arah tv. Dia bukannya minat sangat lumba
kereta atau motor ni semua. Serik! Cukuplah seorang lelaki yang pernah dikenalinya
sebagai pelumba kereta amatur. Tak habis-habis dengan kereta!
“Qatar..” jawab Marla endah tidak endah sahaja.
Matanya tetap focus kepada perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi yang masih belum
bermula. Masih dalam persediaan untuk ujian masa.
Melihat Marla masih focus kepada siaran
langsung itu, mahu tidak mahu Irina menonton juga. Namun saat nama pelumba
Malaysia yang diumumkan. Dia ternampak nama Kamarul Hisyam tertera di kaca tv sebagai
jurutera jentera yang dipandu oleh pelumba itu. Tiba-tiba dia teringatkan
lelaki seorang itu. Kebetulan pula nama Kamarul, kan?? Tetapi usia yang lelaki
itu 34 tahun. Tak mungkinlah Kamarul itu, kan? Kamarul yang itu nampak macam
budak-budak aja.
Tapi Irina terlupa yang kisah itu kisah tiga
tahun lalu. Sudah lama masa berlalu sebenarnya. Dia rupanya masih ingat kepada
lelaki seorang itu. Seorang lelaki yang benar-benar hadir saat dia dalam
kesusahan.
“Hoi! Termenung kenapa?” tegur Marla saat
melihat Irina hanya termenung memandang ke arah lain. Bukannya memandang tv.
Irina terkejut ditolak Marla. “Apa?”
“Kau termenung kenapa? Muka sedih semacam aja?”
Tanya Marla lagi.
“Mana ada muka aku sedih.”
“Kau dengan Aizul gaduh lagi ya?”
“Dah putus pun..” jawab Irina selamba.
“Lagi?? Serius ke ni?” Mata Marla terbuntang
luas macam tidak percaya.
“Takde masa nak main-main..” ujar Irina tanpa
memandang teman karibnya itu.
“Kau okay ke ni? Kenapa tak cerita dengan aku?”
Marla mula mengalihkan duduk menghadap Irina.
“Tak menarik nak diceritakan pun. Dia dah tak
berminat. Buat apa aku nak tunggu lagi?” ujar Irina tetap selamba macam tiada
apa-apa. Namun pedih hatinya tidak terucap.
“Kesiannya kau. Betul ke kau okay ni?” Tanya Marla
sekali lagi.
“Kau nampak aku ni macam perempuan gila ke? Takde,
kan? So maknanya aku okaylah. Aku dah lama bersedia, Mar. Aku dah tak kisah. Semenjak
dulu dia memang tak minat nak kahwin pun. Aku aja yang bodoh dok menunggu dia,”
jawab Irina bersungguh.
Marla menghela nafas perlahan. “So single
baliklah kau ni ya? Takpe. Aku pun single juga. Welcome to the club!”
“Mengada! Takde mananya aku nak single
lama-lama. Aku nak kahwin. Nak ada suami. Nak jadi suri rumah tangga. Aku penat
kerja!” ucap Irina lantas bangun dari situ.
“Elleh.. nak jadi surirumah tangga konon. Kalau
dapat lelaki kaya, bolehlah dia tanggung nafsu shopping kau tu. Kalau dapat
mekanik cabuk, macam mana?” ujar Marla agak meninggi.
“Mekanik cabuk pun okay. Aku tak shopping
dahlah lepas ni. Yang penting dia baik, dia ikhlas, dia jaga aku baik-baik. Dpaat
anak dato kaya raya tapi tak pedulikan aku nak buat apa?” Irina menjawab dari
atas tangga.
Marla menggeleng sendiri. Mengutuk Aizullah tu.
Tahulah Aizul tu anak dato!
Namun ketika di atas Irina termenung sendiri. Mekanik
cabuk? Di mana mekanik cabuk itu?? Sudahnya Irina menekup wajah ke bantal. Bantal
itu dipukul-pukulnya.
“Kamarul, awak di mana? Calllah saya!” rintih
hati wanita itu tidak tertahan.
*****************
Batu itu..
Matanya memandang lagi batu itu. Dah macam batu
bersurat pula. Duduk bersidai di tepi jalan merenung batu yang setia duduk di
situ semenjak bertahun-tahun dulu.
Mana aku nak cari dia? Nombor dia aku dah
hilangkan.. bisik hati perempuan itu sendiri. Tak berkesudahan dia asyik
mengenang lelaki seorang itu. Sudahnya Irina mendekati batu itu. Masih ada
sedikit warna merah. Selebihnya sudah luntur. Maklumlah.. sudah lama masa
berlalu.
Irina mengeluarkan cat spray yang dibawanya. Botol
itu digoncangnya beberapa kali sebelum mula mengukir satu tulisan pada batu itu.
Call saya. Saya dah lama cari awak.
Namun seketika kemudian tulisan itu disembur habis sehingga terpadam. Tidak! Buatnya lelaki itu sudah berkahwin. Tak ke malu dia nanti? Irina menghela nafas sendiri. Tidak tahu mengapa dia jadi begini. Penunggu setia batu itu!
Ya Allah.. macam mana aku nak lupakan dia? Kenapa
aku asyik teringatkan dia semenjak dulu? Kenapa perasaan ni semakin mendesak
semenjak kebelakangan ini?
Irina kembali semula ke keretanya. Buat seketika
batu itu dipandangnya lagi. Alangkah baiknya kalau iklan dulu itu masih ada di
situ. Tetapi sayangnya tidak begitu.
Kamarul, di mana awak sekarang??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan