“Ah! Sudah. Kenapa
pulak dengan kereta ni??” Irina mula tidak tentu arah sendirian di dalam
kereta. Bukan kereta dia! Ini kereta rakan serumahnya. Keretanya dipinjam oleh
Marla untuk pulang ke kampung. Sudahnya dia terpaksa menggunakan kereta Marla
yang agak cabuk itu.
Puas
tersengguk-sengguk akhirnya kereta itu selamat berhenti di pinggir jalan. Irina
cuba menghidupkan semula enjin kereta itu. Menyala. Namun enjin kereta itu mati
beberapa saat kemudian. Seterusnya enjin kereta itu tidak dapat dihidupkan
lagi.
Irina mula mendecit
sendiri. Berfikir apa yang perlu dibuat. Kepada siapa hendak meminta bantuan.
Sudahnya Irina memanggil teman lelakinya. Kali ketiga dia memanggil barulah
panggilannya dijawab Aizul.
“Nak apa, ling? I
busy ni,” keluh Aizul terasa terganggu dengan panggilan itu.
“Bee, tolong I.
Kereta Mar ni buat hal.”
“Buat hal apa
pulak? Yang you pergi pakai kereta dia nak buat apa? Kereta you kan ada,” balas
Aizul acuh tidak acuh sahaja.
“Tak boleh start ni.
I kat tepi jalan ni. Please, bee. Datang sini kejap. I tak tahu nak buat apa
ni,” keluh Irina separuh merayu.
“You kat mana?”
tanya Aizul malas.
“I dah nak sampai
kat KLIA. Lepas roundabout kedua.
Cepat datang sini, bee. Panas ni!”
“Jauhnya?? You buat
apa pergi KLIA? You ada flight ke sekarang?” tanya Aizul hairan.
“Adalah urusan I!
Banyak tanyalah you ni,” getus Irina sebal. Sakit hati dengan ragam teman
lelakinya.
“I baru baliklah,
ling. Mengantuk ni. Call kawan-kawan youlah. You ramai kawan kat sana, kan?”
Aizul merungut malas.
“Sekejap aja, bee. Bee!!”
terjerit-jerit Irina melalui telefon itu. Namun talian sudah dimatikan oleh
Aizul.
“Jantan tak guna!
Lebih baik tak payah ada teman lelaki kalau kau tak peduli pasal aku!” Hampir
sahaja Irina mahu mencampakkan telefon itu ke luar tingkap. Makan hati dengan
sikap endah tidak endah teman lelakinya.
Buat seketika Irina
hanya mampu terpegun di dalam keretanya. Berfikir lagi siapa yang mahu
dipanggil. Takkan Marla di kampung itu mahu dipanggilnya? Sudahnya Irina
memanggil dua lagi temannya. Namun jawapan yang diterima amatlah menghampakan.
Kedua-duanya berada jauh dari Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan. Sudahnya
Irina keluar dari kereta. Panasnya ya ampun dalam kereta yang sudah tidak
beraircond itu.
Sebuah dua kereta
melintas. Namun bukan bantuan yang mahu
dihulurkan.
“Phewwit.. cunlah
awak ni. Berkenalan boleh?” jerit seorang lelaki dari tingkap kereta.
“Mangkuk!” desis
Irina benci. Seketika kemudian dia menghela keluhan sendiri. Masih tidak tahu
apa yang perlu dibuat. Kiri dan kanannya langsung tiada penempatan manusia.
Yang ada hanya bukit di sebelah kanan dan semak samun melata di sebelah kiri.
Seram juga dia.. jalan ini agak lengang pada sesetengah waktu.
Namun sedang dia termenung
matanya terpandang ke arah sebuah batu yang melekat pada tanah di tepi jalan
itu. Tidak jauh dari tempat dia berdiri. Ada contengan cat spray pada permukaan
batu itu. Irina segera pergi mendekat.
Mekanik, tayar
pancit, enjin mati tiba-tiba sebab kau lupa isi minyak, semua boleh.. call atau
sms Kamarul 019-342****. Dijamin anda tak perlu balik jalan kaki! Nak tunggu
bas? Bas Sepang ni memang hampeh!
Berkerut kening
Irina merenung iklan itu. Macam ia aja. Namun seolah mendapat nafas baru, Irina
berlari ke kereta semula untuk mendapatkan telefonnya. Setelah nombor itu
didail, dia melekapkan telefon itu ditelinganya.
“Wei..”
“Ha?” Irina
memandang semula telefonnya. Nama Kamarul. Tapi cakap Cina. Betul ke tidak
nombor ni??
“Hello..” sapa
Irina sedikit teragak-agak.
“Amboi.. merdunya
suara. Mesti cun orangnya ni. Nama saya Kamarul. Bujang lagi. Cari siapa? Cari
jodoh ke?” balas suara tadi. Elok pula cakap Bahasa Melayu.
“Erk?” Irina
terkedu. Ada aku kesah kau bujang ke tidak??
“Saya perlukan
mekanik sekarang..” luah Irina sedikit teragak-agak.
“Oh. Nak mekanik
ya? Boleh. Boleh. Kat mana cik sekarang?” pintas lelaki itu lebih cepat. Macam
dah terbau-bau duit aja dia sekarang ini.
“Saya dekat dengan
KLIA. Lebih kurang 1 km selepas
roundabout kedua. Tahu, kan? Saya ada kat tepi jalan ni.”
“Tahu.. tahu..
okay. Saya datang sekarang.” Seterusnya talian terus dimatikan.
“Aik? Dia tak tanya
pun apa kerosakan kat kereta ni. Main serbu aja,” ujar Irina hairan sambil
merenung telefonnya. Namun memikirkan janji lelaki itu mahu datang segera,
hatinya sedikit terubat. Sudahnya Irina kembali menunggu di tepi kereta.
Sedetik, dua detik
dia menanti.. hari semakin meninggi. Hati juga kian resah. Kulit pula mahu
terbakar kepanasan. Namun mekanik yang dinanti entahkan di mana.
"Aduii..
Mana mekanik ni?? Panas ni, tahu tak!" Keluh Irina sambil mengipas diri
dengan tangannya. Panas mentari memeritkan dan merimaskan. Jam di pergelangan
tangan sekali lagi dibelek. Sudah sejam. Mekanik yang dipanggil tak juga
sampai.
Akhirnya gadis itu duduk semula di dalam kereta sambil pintu dibiarkan terbuka luas.
Tidak lama kemudian kelibat seorang lelaki hadir dengan motor kapcai dan kotak peralatannya.
"Maaf. Saya lambat.."
"Hmm.." Itu sahaja yang dijawab Irina. Dah sampai, okaylah tu. Malas nak panjang cerita.
Namun seketika kemudian Irina lihat lelaki itu asyik menggaru kepala.
"Awak boleh repair kereta saya ke tidak? Macam tak tahu aja?" Tekan Irina mula hilang sabar.
"Emm.. Kereta saya tak pandai sangat, cik."
"Ha??" Irina sudah ternganga.
"Jadi macam mana awak boleh kata awak ni mekanik kalau tak pandai pasal enjin??" Tekan Irina geram.
"Saya mekanik motor. Cik call saya, mana dapat nombor?"
"Tu.." Irina memuncungkan mulutnya ke arah batu di bahu jalan. Penuh dengan contengan nombor telefon. Batu pun boleh jadi tempat iklan!
"Takde tulis pun yang awak ni mekanik motor?" Tanya Irina.
"Batu tu kecil sangat. Takde ruang nak tulis," jawab lelaki itu.
Irina ternganga. Boleh pulak macam tu??? “Habis tu yang iklan tu awak tulis panjang-panjang buat apa? Yang penting awak tak tulis pun. Sampai saya pun tertipu!” ujar Irina mula bengang. Nampaknya masalah tak selesai juga biarpun lelaki ini sudah ada di sini.
Akhirnya gadis itu duduk semula di dalam kereta sambil pintu dibiarkan terbuka luas.
Tidak lama kemudian kelibat seorang lelaki hadir dengan motor kapcai dan kotak peralatannya.
"Maaf. Saya lambat.."
"Hmm.." Itu sahaja yang dijawab Irina. Dah sampai, okaylah tu. Malas nak panjang cerita.
Namun seketika kemudian Irina lihat lelaki itu asyik menggaru kepala.
"Awak boleh repair kereta saya ke tidak? Macam tak tahu aja?" Tekan Irina mula hilang sabar.
"Emm.. Kereta saya tak pandai sangat, cik."
"Ha??" Irina sudah ternganga.
"Jadi macam mana awak boleh kata awak ni mekanik kalau tak pandai pasal enjin??" Tekan Irina geram.
"Saya mekanik motor. Cik call saya, mana dapat nombor?"
"Tu.." Irina memuncungkan mulutnya ke arah batu di bahu jalan. Penuh dengan contengan nombor telefon. Batu pun boleh jadi tempat iklan!
"Takde tulis pun yang awak ni mekanik motor?" Tanya Irina.
"Batu tu kecil sangat. Takde ruang nak tulis," jawab lelaki itu.
Irina ternganga. Boleh pulak macam tu??? “Habis tu yang iklan tu awak tulis panjang-panjang buat apa? Yang penting awak tak tulis pun. Sampai saya pun tertipu!” ujar Irina mula bengang. Nampaknya masalah tak selesai juga biarpun lelaki ini sudah ada di sini.
Kamarul menggaru lagi kepalanya. Sedar memang
itu salahnya.
“Saya lupa nak tulis sebenarnya..”
Gadis itu hanya mampu menggelengkan kepala. Tak
tahu nak cakap apa dah.
“Err.. macam nilah. Saya nak balik pun tak
sampai hati nak biar awak seorang kat sini. Bahaya. Saya tolong tengok dulu ya?
Dulu kat kampong saya pernah tolong ayah saya baiki enjin mesin rumput dia.
Tapi itu dah lama. Saya pun dah tak berapa ingat,” ujar Kamarul lembut.
“Mesin rumput??” soal Irina macam tidak
percaya. Mesin rumput punya enjin mahu disamakan dengan kereta? Biar betul
mamat ni!
“Kenapa pandang saya macam tu? Macam nak makan
saya aja,” ujar Kamarul tiba-tiba tidak tentu arah melihat Irina merenung tajam
kepadanya.
“Banyak cakap!” desis Irina geram.
“Orang kampong memang macam ni. Peramah dengan
orang KL.”
“Tak semua yang peramah tak kena tempat macam
awak.” Irina membalas pantas.
“Aik? Macam tahu aja? Pernah dating dengan
orang kampong ke?”
"Awak
ingat awak boleh kelentong saya? Dalam Malaysia ni awak aja ke yang berasal
dari kampung?" desis Irina makin
dilayan pula bicara lelaki itu.
"Eh! Ia ke? Cik pun orang kampung ke? Tak macam orang kampung pun? Ni mesti Kampung Baru, kan?" Kamarul mula tersengih sengih untuk mengcover malu.
"Poyo betul mamat ni!" Gerutu Irina seorang diri.
"Tengok.. Orang kampung tak sebut poyo. Orang KL aja yang suka sebut poyo!"
"Diam boleh tak? Panas ni tahu tak! Awak nak tolong saya ke tidak?" Marah Irina geram dengan lelaki itu. Satu jelingan tajam diberikan tanpa dapat ditahan.
"Saya cuba dulu ya? Tapi kalau meletop enjin kereta ni, saya tak tanggung! Saya pandai enjin motor dengan enjin mesin rumput aja," Jawab Kamarul selamba.
"What?? Don't touch my car!!" Makin meruap-ruap angin lintang yang membelah kepalanya. Sudahlah panas. Lelaki ini macam main-main aja.
"Eh! Ia ke? Cik pun orang kampung ke? Tak macam orang kampung pun? Ni mesti Kampung Baru, kan?" Kamarul mula tersengih sengih untuk mengcover malu.
"Poyo betul mamat ni!" Gerutu Irina seorang diri.
"Tengok.. Orang kampung tak sebut poyo. Orang KL aja yang suka sebut poyo!"
"Diam boleh tak? Panas ni tahu tak! Awak nak tolong saya ke tidak?" Marah Irina geram dengan lelaki itu. Satu jelingan tajam diberikan tanpa dapat ditahan.
"Saya cuba dulu ya? Tapi kalau meletop enjin kereta ni, saya tak tanggung! Saya pandai enjin motor dengan enjin mesin rumput aja," Jawab Kamarul selamba.
"What?? Don't touch my car!!" Makin meruap-ruap angin lintang yang membelah kepalanya. Sudahlah panas. Lelaki ini macam main-main aja.
“Saya cubalah dulu. Takpe. Saya ni jenis tepati
janji. Kan saya dah tulis dalam iklan tu. Anda dijamin takkan pulang jalan
kaki,” ujar Kamarul bersungguh.
Irina sekadar memandang lelaki itu menghadap
enjin keretanya. Namun seketika kemudian dia bertanya.
“Awak takde contact number mekanik kereta ke?”
“Ada. Tapi mekanik tu kalau call pun dia takkan
datang pun. Dia tetap nak awak towing kereta ke bengkel. Dia seorang aja yang
saya kenal sebab dekat dengan tempat kerja saya,” ujar Kamarul sambil memandang
ke arah gadis itu seketika.
Irina menghela keluhan lagi setelah mendengar
itu. Selalunya banyak pula lori penunda lalu lalang mencari kereta yang
tersadai di tepi jalan. Sekarang ini lengang pula. Memang dah nasib.
Kamarul terus menghadap enjin itu. Kemudian dia
masuk ke dalam kereta. Enjin kereta cuba dihidupkan. Namun masih juga seperti
tadi. Dia kembali lagi ke arah enjin. Terbongkok-bongkok dia mengerjakan enjin
kereta itu. Semakin payah apabila peralatan yang diperlukan tidak dimilikinya
saat itu.
“Boleh ke tidak?” Tanya Irina setelah agak lama
lelaki itu mengerjakan enjin kereta itu.
“Belum lagi..”
“Apa rosaknya?” Tanya Irina sekadar mahu
menduga.
“Distributor rosak..”
Ha? Apa benda yang disebutkan Kamarul itu pun
dia tidak tahu. Entah ia entah tidak mamat ni. Tadi kata tak tahu pasal enjin
kereta.
“Jadi macam mana sekarang?” Tanya Irina lagi.
“Saya cuba hidupkan enjin ni dulu. Janji kereta
awak ni lepas sampai ke bengkel dahlah, kan?” jawab Kamarul tanpa memandang
Irina di tepinya. Irina sekadar mengiakan kata-kata lelaki itu di dalam hati.
Setelah dicuba berkali-kali, ajaibnya enjin
kereta itu menyala juga. Betapa leganya hati wanita itu melihat itu. Malangnya
si Kamarul itu sudah terjelir lidahnya kehausan.
“Ada air tak?” tanyanya kepada Irina.
“Mana ada! Saya pun haus juga ni..”
Kamarul duduk seketika di tepi kereta itu. Agak
redup di situ. Peluhnya sudah lencun sampai ke seluar. Punyalah
bersungguh-sungguh menolong awek nan seorang ini.
“Haus sangat ke?” Tanya Irina mula kasihan
melihat lelaki itu.
“Kalau ada sungai depan saya ni.. saya dah
sedut sampai tinggal pasir!” jawab Kamarul macam bersungguh aja.
Irina mahu tergelak mendengar jawapan lelaki
itu. Namun bibirnya dikertap sendiri.
“Jomlah.. saya follow awak sampai bengkel.
Takut enjin ni mati semula. Kesian awak nanti,” ujar Kamarul lantas bangun semula.
“Bengkel kat mana? Saya mana tahu!” ucap Irina
pantas.
“Ikut sayalah. Saya bawa ke bengkel yang saya
selalu pergi,” balas lelaki itu lantas pergi ke kotak peralatannya. Pekakas
yang sudah digunakan kembali disimpan.
Sambil memandu Irina mengekori lelaki itu.
Lelaki itu membawa dia ke daerah Salak Tinggi. Namun ketika di persimpangan
lampu isyarat enjin kereta itu mati semula ketika lampu isyarat sudah bertukar
hijau. Hon dibunyikan agar lelaki itu sedar apa yang baru sahaja berlaku. Kelam
kabutlah lelaki seorang itu memberhentikan motornya ke tepi.
“Mati lagi ke? Bengkel kat depan tu aja..” ucap
Kamarul melalui cermin tingkap.
“Macam mana ni?” Irina mula panik. Kali ini
kereta itu membuat hal di laluan sibuk pula. Belakang keretanya sudah ada
kereta lain beratur. Ada yang membunyikan hon akibat marah.
“Saya tolak. Awak pusing streng ke tepi!” putus
Kamarul setelah melihat keadaan semakin hingar di situ. Kemudian dia terus ke
belakang kereta.
Berhempas pulaslah lelaki itu menunjukkan
keperkasaannya menolak kereta itu seorang diri. Tiada seorang pun sudi memberi
bantuan. Naik menggigil kakinya menolak kereta jenis Ford sedan itu tepi.
Irina menghela nafas lega saat kereta itu sudah
berada di laluan yang selamat. Kamarul dilihatnya sedang berkejaran mendapatkan
motornya yang ditinggalkan di tepi jalan di belakang sana.
“Baiknya mamat tu..” ucap Irina seorang diri.
Bersungguh-sungguh lelaki itu menolongnya dalam kesusahan.
“Tunggu kejap. Saya panggil orang tarik kereta
ni. Kat depan tu aja bengkelnya.” Kamarul menunding ke arah deretan kedai
kurang lima ratus meter dari tempat mereka bertapa saat ini. Irina sekadar
mengangguk tanpa kata.
Lima belas minit dia termanggu di dalam kereta
itu, akhirnya kelibat Kamarul tiba semula di situ dengan sebuah lori satu tan.
Entah siapa punya lori dirembatnya. Irina sekadar memandang dari dalam kereta
saat lelaki itu mengikat tali pada bawah kereta. Seterusnya mereka sampai juga
di bengkel kereta yang dimaksudkan Kamarul.
“Siapa punya lori tu?” Tanya Irina setelah keretanya
ditolak masuk ke dalam bengkel itu.
“Entah.. saya main sapu aja,” ujar lelaki itu
selamba.
“Ha?” Irina hampir ternganga mendengar jawapan
itu.
“Takdelah. Tauke bengkel tu yang suruh pakai
sekejap. Lori tu baru lepas baiki. Nanti dia bagitahulah tuannya. Emergency.
Pinjam kejap,” ujar Kamarul lembut.
“Terima kasih banyak-banyak. Berapa saya kena
bayar awak ni?”
“30 ringgit dahlah..”
Irina terkedu mendengar amaun yang disebut
lelaki itu. Jauh ketinggalan berbanding apa yang dibayangkan oleh fikirannya.
“Mahal ke? Kalau awak takde duit, 10 ringgit
dahlah. Kereta ni pun awak nak kena baiki juga. Kesian awak,” ujar Kamarul lagi
saat melihat pandangan Irina mula lain macam kepadanya.
“Tak! 30 ringgit aja yang awak cas saya? Tadi
awak tolong baiki, tolak kereta ni lagi. Takkan 30 ringgit aja?”
“Biasa saya memang cas 30 ringgit aja. Itu pun
ada yang merungut mahal,” jawab Kamarul.
Irina mencari dompetnya di dalam beg tangan.
Sehelai not 50 dihulurkan kepada lelaki itu. “Ambillah.. tadi awak kata haus.
Baki tu buat minum kopi,” ujar Irina lembut.
“Terima kasih..” jawab Kamarul sambil
tersengih.
“Sama-sama..”
“Saya balik dulu ya? Ada apa-apa masalah call
lah saya. Takde masalah nak call pun boleh jugak,” ujar lelaki itu sambil
tersengih lagi.
Irina hanya mampu menggeleng saat lelaki itu
berlalu. Sengal betul mamat tu!
**************
Setiba
dari Sydney malam itu Irina terus pulang ke rumah. Tubuh kurusnya terus
dicampak ke atas katil. Penat ya ampun. Namun dalam menungannya dia teringatkan
teman lelakinya. Semenjak dia terbang ke Sydney dua hari yang lalu, langsung
tiada berita dari lelaki itu. Dia pun macam dah tak kesah lagi. Sudah faham
benar dengan sikap teman lelakinya. Telefon bila rasa perlu aja.
“Esok aku kahwin dengan dia, dia bercakap
dengan aku bila perlu aja. Selebihnya dia dengan kawan-kawan dia, dengan kereta
lumba dia tu!” gerutu Irina seorang diri. Bengkak hatinya masih tidak
menghilang mengenangkan kejadian lebih sebulan dulu. Aizul langsung tidak
bertanya khabarnya setelah membiarkan dia kesusahan di tepi jalan.
“Masalahnya dia nak ke kahwin dengan aku? Ajak
kahwin pun tak pernah,” ucap Irina lagi. Setahun menjadi teman wanita lelaki
itu, sekali pun mereka tidak pernah berbincang secara serius tentang kahwin.
Namun sedang dia termenung sendiri satu
panggilan masuk ke telefonnya. Irina merenung nombor itu. Macam kenal. Tapi
nombor siapa ya?
“Hello..”
“Ah Seng.. mana mahu jumpa esok?”
“Siapa Ah Seng?” balas Irina pantas.
“Eh! Silap nombor ke ni?” Tanya suara itu macam
beria aja.
“Siapa ni?” Tanya Irina semula. Gaya lelaki itu
bercakap macam kenal. Ya! Dia masih ingat tentang lelaki seorang itu. Mekanik
sengal!
“Saya kawan Ah Seng..” jawab suara itu
bersungguh.
“Jangan main-mainlah! Awak ni mekanik tu, kan?”
teka Irina pantas.
“Eh! Mana tahu saya ni mekanik?”
“Awak jangan nak poyo sangatlah, Kamarul. Saya
tahu awak sengaja call nombor saya ni, kan?” getus Irina geram.
“Ish! Mana ada. Saya tertekanlah. Tapi
alang-alang dah tersalah dail ni, saya nak tanya. Kereta awak dah sihat?” nada
lelaki itu mula berubah lunak pula di hujung kata.
“Dah. Sebenarnya itu kereta housemate saya.”
“Ohhhh..” panjang lopongan lelaki itu.
“Awak sihat ke?” Tanya Kamarul lagi.
“Biasa aja. Ada apa awak call no saya ni?
Jangan cakap tersalah dail ya. Tak laku trick awak tu!” ucap Irina laju.
Lelaki itu tergelak tiba-tiba di hujung sana.
“Saya saja aja. Nak tanya pasal kereta awak tu.”
“Oh.. perihatinnya awak ya, pada kereta tu?”
ejek Irina sedikit sinis.
“Sambil tu saya nak tanyalah awak sekali. Awak
dah makan ke?” hihihi.. lelaki itu menyeringai seorang diri di hujung sana.
“Saya dah makan tadi..”
“Hari tu.. saya lupa nak tanya nama awak. Boleh
ke saya tanya sekarang?”
Irina diam seketika. Sanggup call semata-mata
nak tanya nama aku? Padahal aku bukan ada urusan dah dengan dia ni!
“Hello..” tegur Kamarul tatkala Irina hanya
membisu.
“Irina..”
“Sedapnya nama. Emm.. Awak dah ada yang punya
ke?” halus nada suara lelaki itu menerpa ke telinga Irina.
“Kenapa awak sibuk nak tahu?” balas Irina
sekadar bersahaja.
“Saja aja.” Rendah jawapan lelaki itu.
“Saya dah ada teman lelaki.” Irina menjawab
jujur.
“Oh ye ke? Saya baru ingat nak mengorat. Okaylah..
tiba-tiba saya rasa malu pulak ni. Bye!” terus talian dimatikan lelaki itu.
Irina terkedu memandang telefonnya.
“Senget betullah dia ni! Entah apa-apa!”
gerutunya seorang diri.
*********************
Setiap kali
dia melalui kawasan itu, entah kenapa dia akan memandang batu itu. Sudah tiada
tertera iklan mekanik sengal itu di situ. Nombor telefon sudah dipadamkan dan
dia tidak pernah lagi bertemu dengan lelaki itu. Kini setahun sudah berlalu.
Irina menghela nafas sendiri. Tidak tahu
mengapa dia suka benar memandang ke arah batu itu setiap kali dia melintasi
kawasan itu. Dan setiap kali itu juga dia akan teringatkan lelaki seorang itu. Apa
yang istimewanya lelaki itu? Entah. Tiada apa yang istimewa pun sehingga
membuatkan dia selalu teringat.
Bersambung..
besttt
BalasPadamTerbaik...
BalasPadamtqsm sygg dah dapat baca... best...
BalasPadam