Bingit telinga Adinda
mendengar leteran ayahnya. Muncungnya tak usah katalah. Panjang macam pisang
tunduk! Benci mendengar setiap patah bebelan lelaki tua itu.
"Ayah tu kolot.
Suka paksa Dinda buat perkara yang Dinda tak suka!"
"Ah! Kau tu
bukannya boleh diharap. Kalau kau pergi KL tu nanti, kerja apa yang kau boleh
buat?" Balas Tok Kenanga meninggi.
"Apa-apalah! Kat
KL tu banyak kerja kosong. Kerja ajalah." Adinda Kesuma menjawab patah.
"Tak payah!!
Duduk aja kat kampung ni. Kau kat sini ni pun, kalau bukan sebab ayah ni tok
ketua yang bakal jadi YB, dah lama kau jadi bohsia. Kalau kat KL nanti macam
mana? Siapa nak jaga kau? Tak pasal-pasal ayah dapat malu lagi nanti,"
Balas Tok Kenanga terus meninggi suaranya.
"Dinda pandailah
jaga diri. Ayah ni membosankan!" Marah Adinda. Bengkak berdenyut-denyut
hatinya. Sudahlah tak dapat mencapai cita-cita nak ke bandar. Kena kahwin paksa
pulak. Ingat ni zaman P Ramlee agaknya.
"Ah! Ayah tak
percayakan kau. Kau tu asal nampak lelaki aja mula nak menyengih. Ayah tak
suka!"
Muncung Adinda makin
mengetat. Dalam kebisuan itu dia dok fikir macam mana nak pujuk ayahnya supaya
membenarkan dia pergi KL.
"Ayah,
Bolehlah.."
"Tak boleh! Kau
ni apa nak jadi? Dulu elok-elok kau masuk kolej, kau pergi masuk kelab malam.
Sampai kena buang kolej. Peluang dah ada. Kau yang sia-siakan. Ayah malu dengan
perangai kau ni, Dinda. Ayah ni bakal YB!"
Tak habis-habis
dengan angan-angan nak jadi YB dia tu. Semenjak 10 tahun yang lepas asyik bakal
YB aja. Bila nak dapat jadi YB entahlah.. Kutuk Adinda sendiri dalam hati.
Tok Kenanga
menggeleng. "Dah! Ayah dah putuskan. Tak payah kau mimpi nak ke KL
sana."
"Kali ni Dinda
janji Dinda tak buat macam tu dah, ayah."
"Ayah tak
percaya. Kau tu bila dah nampak bangunan tinggi aja, mulalah kau lupa diri.
Seronok sangat ke tengok bangunan tinggi macam kat KL tu?"
"Yalah.. Moden.
Kat kampung ni apa yang ada?"
"Tak payah nak
melawan cakap ayah. Kau duduk aja kampung ni."
"Okay.. Tapi
Dinda tak mahu kahwin."
"Habis tu kau
nak duduk rumah menghabiskan beras? Dah alang-alang ada orang masuk meminang
tu.. Ayah terima aja. Perempuan yang mengelejat aja macam kau ni memang eloknya
berlaki cepat!"
"Bencilah dia
tu, ayah. Nak kahwin macam mana kalau hati tak suka? Dia tu bukan taste
Dinda!"
"Apa yang kau
nak bencinya? Budak Taufiq tu baik. Agamanya cukup. Rupapun bolehlah. Kerja pun
mantap! Apa lagi yang kau nak?" Balas Tok Kenanga selamba.
Taufiq konon! Ejek
Adinda meluat.
"Kau jangan nak
banyak songel, Dinda. Hari tu ayah benarkan kau ke KL tapi kau yang buat hal
sampai ayah kena bawa kau balik kampung. Kau sendiri yang menempah nasib macam
ni."
"Dinda nak
belajar lagi, ayah. Tolonglah.." Rayu Adinda kepada lelaki itu.
"Tak payah nak
buang masa. Kahwin, jadi bini orang, jadi mak orang lagi ada faedahnya daripada
kau jadi tak tentu hala di KL sana. Baru dua bulan duduk KL, kau dah lupa
diri," bebel Tok Kenanga sambil menggeleng. Geram dengan anaknya seorang
ini. Degil!
"Ayah.."
"Dah.. Jangan
banyak cakap. Kau cuba lari dari rumah, siap kau!" Ugut Tok Kenanga sambil
bangun membetulkan kemeja batiknya. Namun sebelum berlalu anak daranya itu
dipandang semula.
"Tu.. Tunang kau
bagi. Ganti cincin tunang. Cincin tunang dia tak sempat nak beli,"
ujar lelaki tua itu sambil memuncungkan
mulutnya kepada objek di atas meja itu.
Adinda ternganga. Ini
ke yang diterimanya dari tunangnya? Spontan objek itu diambil lalu dilempar ke
arah dapur.
"Apa kena ni,
Dinda?? Kenapa dibuang benda alah ni? Kan membazir nanti," Tegur Mak cik
Senangin dari arah dapur. Terkejut mendengar bunyi hentaman. Kepalanya hanya
mampu digelengkan dengan perangai anak daranya
Adinda hanya mampu
membisu dengan dada turun nai.k menahan geram. Orang lain terima cincin emas
sebagai tanda dia tunangan orang. Dia terima sesikat pisang emas. Dah selamat
berkecai pun pisang emas itu.
"Kan si Taufiq
yang bagi ni? Kenapa dihumban?
"Si Panglima tu
memang dah buang tebiat meminang Dinda. Benci!!" Ujar Adinda kepada ibunya.
"Apa pulak buang
tebiatnya? Dia meminang anak dara. Bukan bini orang." Mak Cik Senangin
menjawab selamba.
Panglima!!! Aku
memang benci dengan kau!!!! Jerit hati Adinda penuh geram.
"Assalamualaikum.."
Tiada jawapan setelah
dia menunggu. Dua tiga kali Adinda terus memberi salam. Namun tiada jawapan.
"Panglima!! Oh,
panglima!!" Adinda memekik di hadapan pintu rumah itu.
"Apa yang kamu
terjerit-jerit ni, Dinda? Cari si Panglima ke?" Tegur jiran sebelah rumah
dari tingkapnya.
"Ialah.. Mana
dia, mak cik?"
"Dia di kebun
pisang dialah. Siang malam dia di situ. Tidur pun kat sana selalunya Jarang dia
balik ke rumah ni. Hari Jumaat aja dia balik," ujar Mak cik Senah.
Adinda termanggu
seketika. Nak ke kebun itu? A
Alahai.. Malasnya!
"Mak cik dengar
kamu sikit lagi nak kahwin dengan Panglima ya?"
"Entah. Tak jadi
kut." Adinda menjawab selamba.
"Aik? Kenapa pulak
tak jadi? Kesian si Panglima tu. Masuk yang dengan kamu ni dah dua kali kena
tinggal dek orang perempuan." Mak cik Senah berkata dari ambang tingkap
rumahnya.
Adinda mencebik. Tak
kesian langsung! Desis hatinya sendiri.
"Kalau jadilah
si Panglima tu berbini, takdelah sunyi rumah tu. Ada juga penyeri. Mak cik
ingat jadilah kamu nikah dengan dia. Rupanya tak jadi ya? Takde rezeki Panglima
nak bermentuakan Tok Kenanga lah tu." Mak cik Senah menceceh lagi.
"Takpelah, mak
cik. Dinda nak pergi cari Panglima ni. Balik dulu ya?"
"Ialah.."
Dengan skuter Yamaha
milik ayahnya Adinda mengarahkan perjalanan seterusnya ke kebun Panglima. Tak sabar
rasanya nak bertemu dengan lelaki itu.
Setiba di satu
kawasan yang dipenuhi dengan rumpun pisang, Adinda memberhentikan motorsikalnya
di kawasan masuk kebun itu. Terdapat sebuah motor Honda Cup 70 terpakir di
hadapan pondok kecil di dalam kebun itu.
Adinda meninggalkan
motornya di pintu masuk itu. Langkah diatur dengan hati-hati sepanjang
pencarian dia kepada si Panglima. Semakin jauh dia menapak semakin dekat dia
dengan bunyi sesuatu. Seperti ada aktiviti menebas di hadapannya. Tidak lama
kemudian Adinda sudah ternampak lelaki yang dicari sedang sibuk membersihkan
kebunnya. Namun lelaki berusia 30 tahun itu menoleh terlebih dahulu sebelum
Adinda merapatinya.
"Kat sini kau
rupanya.."
Panglima diam.
Kerjanya kembali diteruskan. Pelepah daun pisang yang sudah kering ditarik
daripada lalu dipotong dengan parang tajamnya sebelum dibuang ke tepi.
"Oi! Aku
bercakap dengan kau ni!"
"Aku
dengar.." Panglima sekadar bersahaja.
"Habis tu jawab
lah ya ke.. Ha'ah ke.. Ini buat pekak aja!" Ucap Adinda sedikit kasar.
"Ha`ah.."
Sambut Panglima selamba lagi.
Adinda mula mengertap
bibir. Terasa lelaki bertopi koboi itu sengaja mempersendakan kata-katanya
tadi. Tidak tahu mengapa lelaki ini yang mahu dipadokkan dengannya. Dia pun
bukannya kenal rapat dengan Panglima. Berkawan tak pernah. Bercinta? Lagilah
ampun! Mereka jarang berbual. Paling pun.. Bila Panglima datang ke rumah
mencari ayahnya, dia yang tukang jawab salam. Dia juga tukang jawab soalan
Panglima bila lelaki itu mencari ayahnya. Tanpa sedar mata gadis itu merayap
lama kepada si lelaki yang sedang sibuk dengan kerjanya. Sehingga Panglima
menoleh.
"Kau nak renung
aku sampai bila?"
Adinda tersentak.
"Aku ada hal nak bincang dengan kau."
"Pasal
apa?" Balas Panglima dengan soalan sambil menaikkan topi koboinya yang
menghalang pandangan.
Adinda diam seketika.
Matanya tiba-tiba merenung topi itu.
"Mana kau dapat
topi macam tu?"
"Kenapa? Cantik
ke?"
"Cantik lagi
pokok pisang tu!" Cemuh Adinda sambil mencebik.
"Habis tu yang
kau sibuk tanya topi kesayangan aku ni kenapa?"
"Sebab pelik!
Buang topi koboi kau tu. Kita kat kebun pisang kau. Bukannya kat Texas!"
Ejek Adinda siap dengan jelingan.
"Buang? Kau
ingat topi aku ni free? Aku beli ni kat bundle tahu tak. Apa kau nak cari aku?
Pisang takde yang masak. Semua aku dah jual!"
"Hai, mangkuk
tingkat betul dia ni. Ingat aku harap sangat ke pisang kau tu?" Cemik
Adinda meluat.
"Habis tu takkan
kau nak ajak aku bercumbu-cumbu pulak kat tempat macam ni? Tak baik. Berdosa!
Kita belum kahwin. Nanti dah kahwin baru boleh."
Meruap-ruap rasa
geram Adinda melihat gelagat lelaki itu. Macam orang tidak berperasaan aja.
Siapa nak bercumbu dengan dia entah!!
"Aku nak kau
putuskan pertunangan kita. Aku tak nak kahwin dengan kau," ujar Adinda
selamba.
"Apasal pulak
tak nak kahwin dengan aku?" Tanya Panglima masih bersahaja.
"Sebab aku tak
suka kau!" Bicara itu meluncur cukup mudah dari celahan bibir Adinda.
"Apasal pulak
kau tak suka aku?"
"Ya Allah..
Apalah ke bingung kau ni, Panglima. Soalan tak boleh blah!!" Jerit Adinda
mula hilang kekuatan untuk bersabar.
"Nanti bila dah
kahwin kau sukalah dengan aku. Aku pun suka dekat kau." Panglima menjawab
sambil berpaling semula untuk menyambung kerjanya.
"Sakitnya jiwa
bercakap dengan kau ni!"
Panglima meneruskan
kerja seolah-olah Adinda tiada di situ. Geram punya pasal Adinda menyepak pohon
pisang tidak jauh darinya.
"Hoi! Kenapa kau
sepak si Kuntum tu?"
Adinda terpana seketika.
Kuntum? Siapa Kuntum?
"Mintak maaf
pada Kuntum! Nanti Kuntum aku tu tak mahu berbuah, siapa yang susah??" marah Panglima.
Spontan Adinda
memandang pokok pisang yang ditendangnya tadi. Itu kuntum ke??
"Apasal kau
menganga??"
"Aku.. Aku..
Err.. Aku rasa kau ni dah biol, Panglima. Sama dengan kuntum kau!" Serta
merta meledak tawa Adinda. Pokok pisang pun nak dibagi nama?
Panglima hanya mampu
tercegat memandang Adinda mentertawakan dia. Kurang asam punya bakal orang
rumah! Dah disepaknya pokok pisang aku. Dia gelakkan aku!
"Aku lagi rela
kahwin dengan kuntum kau ni." Adinda menyambung gelak lagi. Gelihati
benar. Pokok pisang ada nama?? Ini pertama kali dia dengar.
"Kau ingat
kelakar ke ni?"
"Kalau tak
kelakar takkan aku gelak!" Sambut Adinda.
"Dah! Kalau
datang setakat nak menyakitkan hati aku, lebih baik kau balik. Malas aku nak
layan kau," ujar Panglima geram.
"Aku serius ni.
Aku nak kau putuskan pertunangan kita!"
"Boleh. Tapi
dengan syarat. Aku nak kau mintak maaf pada kuntum aku ni seratus ribu kali.
Mula dari sekarang!" Ucap Panglima lantas menyengih senang hati. Puas
hatinya dapat mengenakan Adinda semula. Melihat wajah Adinda berubah, dia
tergelak sendiri.
"Aku benci kau
dengan kuntum kau ni. Boleh jalan!!" Jerit Adinda sebelum meninggalkan
tempat itu.
Panglima tergelak
seorang diri sebelum membelek kuntumnya.
"Sabar ya,
kuntum? Orang perempuan ni memang susah nak kawal emosi. Dah nak monopouselah
tu!" Ucapnya pada pokok pisang itu.
Casino Tycoon 3D Poker - MapYRO
BalasPadamFind out more about Casino 제천 출장마사지 Tycoon 3D Poker 정읍 출장마사지 - Complete 청주 출장샵 Texas Holdem poker game in MapYRO. 아산 출장마사지 Complete 남양주 출장마사지 the casino game and complete the game, winning in