Khamis, 26 Mac 2015

JODOHKU BERTAMU DI PINGGIR JALAN! Bahagian 4


Setiba di KLIA ketika itu jam sudah menghampiri angka tujuh pagi. Kamarul mengutip beg di kawasan tuntutan bagasi. Namun seorang demi seorang teman meninggalkannya. Rata-ratanya mendapatkan hotel penginapan yang ditempah oleh penaja. Dia pula terus berlegar di ruang legar balai ketibaan, berhadapan dengan laluan anak-anak kapal.
Agak lama juga dia termangu di situ. Sekumpulan demi sekumpulan anak-anak kapal melintas di hadapannya. Namun orang yang dinanti masih tidak muncul. Setengah jam kemudian barulah satu kumpulan lagi tiba bersama dua juruterbangnya. Di celahan manusia itu, Irina sengaja memperlahankan langkahnya. Membiarkan teman sejawatan pergi dahulu.
“Saya ingat awak dah balik,” ujar Kamarul lantas tersenyum kepada wanita yang berhenti di hadapannya.
“Nak apa lagi? Dah bagi nombor phone tadi, kan?” balas perempuan itu sedikit malu-malu. Punyalah risau kehilangan lagi, Kamarul sampai meminta nombor telefon orang tuanya di kampong! Nak tak nak terpaksalah dia beri. Cewahhh.. macam terpaksa konon. Padahal rela!
“Saya nak ajak awak sarapan pagi dengan saya.”
“Kat mana?”
“Mana-manalah yang awak selesa.”
“Are you sure?” Tanya perempuan itu lantas tersenyum.
“Absolutely sure..” Kamarul mengangguk juga dengan senyuman.
Irina mengangguk sahaja. Langkahnya diteruskan sementara lelaki itu mengekorinya. Dengan pengangkutan awam mereka meninggalkan bangunan terminal itu. Hala tuju kenderaan itu ke Subang Jaya. Seterusnya berhenti di sebuah rumah teres dua tingkat.
“Rumah siapa?” Tanya Kamarul sedikit tertanya setelah mereka keluar dari kenderaan itu.
Next time awak tak perlu tertanya saya di mana. Saya di sini. Ini rumah saya. Come in..”
“Next time saya tak mahu tertanya-tanya awak di mana. Sebab saya nak awak selalu ada dengan saya. Ke mana pun saya pergi.. saya nak awak ikut saya,” ujar Kamarul saat wanita itu mahu masuk ke dalam rumah.
Langkah Irina terhenti di hadapan pintu pagar rumahnya. Lama matanya terpasak di wajah lelaki itu.
“Saya nak kahwin dengan awak, Irina. Tapi satu kenyataan yang awak belum tahu tentang saya. Saya tak menetap lama di sini. Kehidupan saya berpindah randah. Saya harap itu tak jadi masalah pada awak,” ujar Kamarul lembut.
“Maksudnya?” Tanya Irina sambil dia mendekati lelaki itu semula.
“Saya.. bukan mekanik yang dulu. Kerja saya ikut pelumba motor. Ke mana saja mereka pergi, saya kena ikut. Itu mata pencarian saya.”
Irina terpaku memandang wajah lelaki itu. Dia teringat lelaki bernama Kamarul Hisyam yang namanya pernah dibaca di kaca tv setahun yang lalu.
“Awak Kamarul Hisyam ke?” Tanya Irina dalam kepastian yang masih tidak sepenuhnya.
“Ya.”
Irina terus terpaku merenung susuk wajah itu. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan saat ini. Mahu ucap tahniah atau apa, dia sendiri masih keliru.
“Jadi awak balik Malaysia ni untuk apa?”
“Race..”
Irina tersenyum pahit sendiri. Jadi bermakna setelah musim perlumbaan di litar Sepang berakhir, lelaki itu akan pergi lagi entah ke mana pula. Sama saja seperti hubungannya dengan Aizul dahulu. Perlumbaan duduk di tempat pertama, dia entah di tempat ke berapa.
“Saya tahu tak semua perempuan suka dengan kehidupan macam ni.”
“Saya pun tak suka kehidupan yang macam ni..” jawab Irina pantas membuatkan wajah Kamarul berubah. Liur yang ditelan lelaki itu terasa kelat. Adakah Irina sudah memberi isyarat mahu menolak cintanya?
“Awak tahu.. bekas teman lelaki saya dulu seorang pelumba. Empat tahun saya menunggu. Saya tak pernah duduk di tempat pertama dalam hidup dia. Lebih dari itu.. saya yang menjadi alasan dia gagal dalam setiap perlumbaan yang disertai,” jelas Irina.
“Saya tak macam tu, Irina.” Kamarul tunduk seketika menelan kepahitan sendiri.
“Tapi kalau saya ikhlas, saya kena terima apa pun keadaan dan cabarannya.”
“Saya cuma nak awak tahu, hidup dengan saya tak mudah. Saya ada tekanan yang saya terpaksa harungi selama saya bergelar jurutera di litar lumba,” jelas Kamarul lembut.
“Saya tahu.” Irina menjawab tenang sahaja. Dia sudah melihatnya ketika bersama dengan Aizul dahulu.
“Tapi kalau awak rasa kehadiran saya ni akan jadi beban sehingga awak tak boleh berjaya dalam karier awak.. saya mintak awak tinggalkan saya sekarang. Saya tak mahu dipermainkan sekali lagi. Saya dah serik dengan pengalaman lepas, Kamarul.”
“Irina, jangan salah faham. Kerjaya bukan segala-galanya bagi saya. Saya masih perlukan teman hidup. Saya perlukan peneman di sepanjang hidup saya, seseorang yang boleh berkongsi susah payah saya. Seseorang yang boleh buat saya tersenyum waktu saya rasa tertekan. Dan saya nak sayangkan seorang perempuan. Kerjaya tak mampu memuaskan kehendak saya dalam kehidupan ni. Saya perlukan sebuah keluarga untuk menyempurnakan kehidupan saya naluri saya sebagai lelaki,” jelas Kamarul lembut.
“Saya dah lama ingat pada awak. Seseorang yang pernah datang dalam hidup saya dulu. Tapi hanya sekejap. Sayangnya ingatan saya ni tak pernah lepas tentang awak. Setiap kali saya fikir tentang awak, hati saya pedih. Saya ingat awak mungkin dah bahagia dengan lelaki yang awak sayang,” ucap Kamarul lagi.
Irina terpaku memandang raut itu. Penuh kesungguhan, rayuan. Hatinya tidak sampai untuk menolak.
“Kita masuk dulu..” ajak Irina tanpa mahu berbicara panjang lebar di situ.
“Emm.. dalam rumah awak ada siapa?” Tanya Kamarul agak serba salah.
“Ada saya. Tak cukup ke?” balas Irina selamba.
“Uih! Bahaya tu..” ujar Kamarul mula memperlahankan langkah.
“Kenapa pulak? Awak takut kena tangkap khalwat dengan saya ke?” cabar Irina selamba.
Kamarul mula terkulat-kulat. Kena tangkap khalwat okay lagi. Dia takut dia yang tak kuat iman. Buatnya dia pergi terkam Irina di dalam rumah itu, siapa yang susah?
“Kawan serumah saya ada. Jangan risau. Kita tak berdua-duan pun,” ucap Irina seketika kemudian.
“Oh..” lega hati lelaki itu seketika.
Namun setelah masuk ke dalam rumah, Irina tiba-tiba turun semula ke bawah.
“Eh! Awak kena duduk luar. Kawan saya takdelah. Dia balik kampunglah pulak.” Irina tiba-tiba ketawa di hadapan lelaki itu.
“Saya kena duduk luar??” Kamarul tercengang di hadapan Irina.
“Sorry.. sekejap aja. Tak jadi plan kita. Awak tunggu sekejap. Saya tukar baju. Then saya hantar awak ke mana awak nak pergi lepas kita breakfast nanti.”
Mahu tidak mahu lelaki itu keluar juga. Takkan nak duduk juga di dalam rumah itu, kan? Bahaya!
Selepas sarapan pagi itu, Kamarul memandu ke arah Sepang semula. Namun dipertengahan jalan itu Kamarul berhenti di tempat mereka berdua bertemu buat pertama kali dahulu. Irina tersenyum sendiri memandang batu itu. Masih ada kesan cat berwarna putih di permukaan batu itu. Dia yang empunya catnya.
Sambil bersandar ke kereta, dia memandang lelaki itu berdiri memandang batu itu.
“Awak tulis apa kat situ?” Tanya lelaki itu setelah dia menghampiri wanita itu semula.
“Saya nak awak call saya,” jawab Irina sambil dia memandang ke arah batu itu.
“Lepas tu awak ada datang sini lagi?” Tanya Kamarul lagi.
Irina sekadar menggeleng. Dia sudah tidak sanggup melalui keperitan itu lagi. Menunggu dan menunggu tanpa jawapan. Setiap kali melalui kawasan ini dia berusaha tidak mahu memandang.
“Come..” ajak Kamarul lantas menarik tangan wanita itu ke arah batu itu. Mahu tidak mahu Irina mendekati batu itu.
Namun saat dia mendekat, barulah dia Nampak dengan jelas satu tulisan yang ditulis dengan marker pen.

Irina, tolong call saya. Saya masih tunggu awak.

Di sebelah tulisan itu ada sebaris nombor dan nama Kamarul tertera di situ. Irina tidak terkata saat memandang tulisan itu. Mulut yang terbuka terus ditutup dengan tangannya. Kenapa dia tidak pernah terfikir mahu menjenguk ke sini lagi selepas kali terakhir itu? Ya Allah..
“Dulu waktu kita berjumpa, saya bukan sesiapa. Saya hanya mekanik biasa hanya berbekalkan sijil diploma dari Mara. Saya kerja di pusat servis Honda dan separuh masa saya membaiki motor di jalanan. Kemudian musim perlumbaan, saya berkerja part time di litar F1 tu. Saya ni memang minat dengan enjin superbike. Saya suka ubah enjin ikut kreativiti saya sendiri. Nasib saya baik. Saya mendapat tawaran kerja dari Idimatsu Race dari Jepun dengan kontrak kerja selama tiga tahun. Saya belajar sambil berkerja di litar lumba. Selepas tamat kontrak dengan Idimatsu.. saya berkerja dengan Honda sampai sekarang.”
Irina terus memandang lelaki itu saat lelaki itu bercerita.
“Dulu sebelum saya dibawa oleh team Idimatsu ke London.. saya nak cari awak. Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak awak ikut saya. Tapi waktu tu saya tak dapat hubungi awak. Hari terakhir saya kat sini dulu, saya berdiri depan batu ni. Saya serba salah. Hati saya kata, mungkin awak akan cari saya suatu hari nanti. Tapi saya tak sampai hati nak biarkan nombor telefon saya terus tertera kat situ. Saya takut ada orang lain yang dalam kesusahan macam awak dulu. Waktu tu saya dah takde nak tolong dia,” ujar Kamarul lagi.
“Kalau awak tak padamkan nombor awak atas batu tu.. dah lama saya call awak.”
“Saya minta maaf. Irin..” Kamarul menarik tangan wanita itu agar memandang kepadanya.
“Sekali lagi saya minta. Kahwinlah dengan saya. Saya dah tak sanggup kehilangan awak lagi macam sebelum ni. Saya nak awak ikut saya ke mana saja saya pergi. Jadi teman hidup saya. Saya tak main-main. Saya tak pernah lalui keadaan ni dengan orang lain. Tapi awak.. selalu ada dalam fikiran saya walaupun lima tahun kita tak pernah berjumpa. Saya tahu awak istimewa untuk saya. Jodoh yang dah Allah tentukan untuk saya,” ujar Kamarul lembut.
Wanita itu tidak terkata di situ. Namun betapa hanya Tuhan sahaja yang tahu terharu hatinya. Lidahnya terasa kelu untuk menjawab ya. Namun pandangan matanya terasa hangat. Sungguh! Dia terasa mahu menangis saat ini.
“Saya janji saya takkan sia-siakan awak..”
“Saya dah lama tunggu kata-kata macam ni dari seorang lelaki yang saya harapkan..” jawab Irina perlahan.
“Siapa lelaki tu?”
“Seorang lelaki yang betul-betul wujud depan saya waktu saya dalam kesusahan. Saya tak pernah lupa dia bersusah payah menolong saya sedangkan teman lelaki saya tak pedulikan saya. Awak lelaki tu!” jawab wanita itu bersungguh.

Kamarul meraup wajahnya perlahan penuh kelegaan. Penuh kebahagiaan. Penuh keharuan. Ya Tuhan.. satukanlah hati kami buat selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan