MH 19 Amsterdam-Kuala Lumpur.
Sekumpulan lelaki itu lekas mengambil tempat
masing-masing. Ruangan kelas perniagaan itu hanya dipenuhi oleh kumpulan mereka
yang baru selesai berurusan di Rome. Lelaki seorang itu duduk di kedudukan yang
paling hampir dengan kelas ekonomi.
Kamarul memejamkan mata seketika. Tidak sabar
mahu pulang ke tanah air. Sementara menunggu penumpang lain memenuhi
penerbangan itu, mereka dihidangkan dengan air. Sehingga dia terlihat tirai
yang membatasi bahagian dapur pesawat itu mula diikat. Dan seorang pramugara
menutup pintu pesawat yang paling hadapan.
Pengumuman keberangkatan mula kedengaran. Seterusnya
pesawat ditolak keluar dari parking bay sementara juruterbang melaporkan melalui
system pembesar suara yang pesawat bakal bergerak ke landasan dan anak-anak
kapal diminta duduk. Dan lampu di ruangan kabin mula dimalapkan sebagai
persediaan untuk berlepas.
Kamarul memandang ke luar jendela. Kelibat cahaya
pada terminal sudah mula mengecil menandakan mereka sedang berada di landasan. Seterusnya
enjin pesawat mengaum dan kenderaan Boeng 777 200 itu mula bergerak laju untuk
terbang.
Sejam kemudian, ruangan kabin itu kembali
terang benderang. Makan malam dihidangkan. Kamarul hanya bersandar di kerusi
sambil memejamkan mata. Namun dia disenggol teman sebelahnya.
“Dinner..”
ucap lelaki itu separuh berbisik. Dua orang anak kapal kelihatan sedang melayan
penumpang di kerusi sebelah sana.
Di pertengahan jam penerbangan itu, Kamarul
masih tidak mampu lena. Gerak pesawat itu sedikit tergoncang. Isyarat pasangkan
tali keledar kembali dinyalakan. Dadanya berdebar seketika. Dia cuba mengintai
ke luar. Namun gelap sahaja. Tiada apa yang dapat dilihatnya dalam ketinggian
seperti ini. Cuma dirasakan pesawat gergasi itu turun naik seolah-olah cuba
mengelak sesuatu. Kemudian diikuti pengumuman dari juruterbang bahawa mereka
sedang melalui cuaca yang kurang menyenangkan.
Kamarul meraup wajahnya seketika. Letih mengharungi
penerbangan selama berjam-jam begini. Hati juga tidak aman.
“May I?”
ucap perempuan amat perlahan.
Kamarul segera mengangkat pandangan. Di matanya
tertera seseorang yang pernah dikenalinya. Lama matanya terpasak ke raut itu.
Wanita itu sempat mengalihkan pandangan kepada seorang lagi lelaki yang
memandangnya. Namun pandangannya hanya singgah seketika sahaja.
“Excuse me, sir..”
ucap wanita itu lembut. Meminta izin untuk mengembalikan meja itu ke kedudukan
yang asal. Gelas berwarna jernih di atas meja itu dialihkan sebelum meja itu
dinaikkan.
“Thank you,”
ucap lelaki itu kepada Irina.
“You’re welcome.
Fasten your seat belt please.” Ucapan itu dialihkan kepada Kamarul pula.
Kamarul terus terpaku sehingga wanita itu
meninggalkan kawasan tempat duduknya. Irinakah itu?? Ya! Irina. Tapi lelaki itu
ragu. Masih ingatkah wanita itu kepadanya?
“What’s up?”
lelaki di sebelah Kamarul itu menegur. Hairan melihat temannya memanjangkan
leher ke arah dapur pesawat di hadapan sana. Bukannya nampak apa-apa. Dapur itu
dibatasi oleh langsir.
“Nothing.”
Kamarul menggeleng sedikit sebelum kembali bersandar ke kerusi. Hatinya meronta
entah kenapa mahu ke situ. Wanita itu mahu dilihatnya lagi.
Dia dah kahwin ke agaknya? Bisik hati lelaki
itu sendiri. Dia masih ingat, kali terakhir dia menghubungi Irina dahulu,
wanita itu mengaku yang dia sudah berteman. Takkan masih belum kahwin?
Sejam kemudian isyarat pasangkan tali keledar
kembali dipadamkan. Kesempatan itu segera direbut Kamarul. Konon buat-buat ke
tandas. Padahal saat melalui ruangan dapur pesawat itu dia memandang tiga orang
anak kapal yang sedang berbual sesama sendiri di situ. Tiada Irina di situ. Sudahnya
dia terus mencari tandas berhampiran dengan kawasan kokpit. Di lorong kecil
hadapan tandas itu dia terlihat seorang perempuan sedang berdiri sambil
bercakap melalui telefon. Wanita itu agak terkejut melihat Kamarul ada di situ.
Namun dia segera mengalihkan kedudukannya yang menghadang jalan.
Kamarul terus berdiri di situ memandang wanita
yang sedang membelakanginya itu. Irina menoleh semula. Ganggang telefon itu
dikembalikan ke tempatnya.
“Toilet kat sana, encik..” ucapnya lantas
menunjukkan di mana kedudukan tandas.
“Saya nak jumpa awak,” ucap Kamarul kepada
wanita itu. Pada tanda nama di seragam kebaya yang dikenakan Irina tertera nama
Nur Irina. Bermakna memang benarlah ini Irina yang pernah ditemuinya dahulu.
“Saya rasa awak masih ingat saya,” ucap Kamarul
tanpa dapat mengalihkan pandangan daripada raut itu. Entah kenapa hatinya pedih
saat memandang raut itu.
“Saya tak tahu nak cakap apa..” balas wanita
itu amat perlahan. Dadanya terasa mahu pecah saat dia terpandang lelaki itu
tadi. Sebak entah kenapa. Tidak sangka Tuhan menemukan mereka di sini.
“Awak dah kahwin?” Tanya Kamarul amat perlahan.
“Awak?”
Kamarul terus membisu. Wajah itu dipandang
tanpa jemu. Harap-harap masih ada ruang untuk dia mendekati wanita ini. Dahulu cintanya
tidak kesampaian. Tentu ada sebab mengapa Tuhan menemukan mereka berdua semula.
“Saya tunggu awak yang kahwin dulu,” ujar
Kamarul seketika kemudian.
Irina meraup wajahnya. Entah kenapa hatinya
dipagut kesedihan mendengar itu.
“Saya belum kahwin..” ucap Irina tanpa
memandang sang lelaki.
Kamarul mengangguk perlahan penuh kelegaan. Nampaknya
masih ada peluang untuknya.
“Saya nak bermula semula dari awal. Saya tunggu
awak di tempat kita pernah berjumpa dulu. Saya tahu awak ada tulis sesuatu di
situ. Tapi awak padamkan. Kenapa?”
Irina tersandar pada dinding di belakangnya. Setitis
air matanya gugur di tubir mata. Ya Allah.. hebatnya ujian-Mu.
“Saya takut saya bertepuk sebelah tangan.”
Kamarul meraup wajahnya sambil menggeleng
sendiri. Sayangnya dia pernah kehilangan telefon suatu masa dahulu. Satu-satunya
nombor yang dapat menghubungkan mereka sudah tiada dalam simpanannya. Sebelum dia
bertolak ke London dahulu, dia pernah berdiri di hadapan batu itu. Memadam nombor
telefonnya di batu itu dengan rasa pedih di hati. Harapan terakhir agar Irina
menghubunginya sirna semuanya.
Namun takdir hari ini cukup indah. Setelah lima
tahun berlalu, dia dan wanita ini bertemu lagi. Dan dia mahu memulakan semula
semuanya!
akhirnya bertemu jgk...best3
BalasPadambesttt hihi
BalasPadamHarap ada sinar menanti mereka
BalasPadamBest
BalasPadamkenapa akak tokleh baca ni...semua tulisan takde jadi halimunan sedihnyaaa.....waaaaa
BalasPadamsemua eps pulak tu tokleh baca...adoiii tlggggg
BalasPadamWaaaahhhhhhhh bagusnyaaaa
BalasPadamBest2
BalasPadam