Musim bulan
madu sudah berlalu. Kehidupan harus diteruskan. Masing-masing punya
tanggungjawab untuk dijalankan. Kamarul dengan kerjanya di litar lumba dan
Irina harus meneruskan tugas sebagai seorang pramugari penerbangan.
Beberapa minggu selepas pemergian sang lelaki, rasa rindu
kian hebat melanda. Monyok tak sudah-sudah isteri orang itu. Lumrah berjauhan
dari suami. Perasaannya tidak mampu ditenangkan semudah itu. Nak-nak lagi
mereka berdua baru sahaja berkahwin. Panggilan telefon tidak memadai. Apatah
lagi teks sms. Dia mahu lelaki itu selalu ada di hadapan mata.
“Irin, kau memerap aja dalam bilik kenapa? Kau ada dalam
rumah ni macam takde aja. Risau aku..” ujar Marla malam itu. Matanya memandang
Irina meniarap di atas katil melayan menungan.
“Aku sunyilah, Mar..” keluh Irina seorang.
“Sunyi ke angau? Rindulah ni..” ejek Marla selamba.
Irina terus menjeling. Sebut pasal rindu, mulalah dia terasa
mahu menangis. Memang dia rindu. Rindu teramat sangat kepada lelaki seorang itu.
Bercakap dengan Kamarul, kadang kala bukannya dengar sangat suara suaminya.
Bunyi motor yang lebih jelas kedengaran. Nasiblah, kan? Dah nama pun dapat
suami kerja mekanik.
“Apasal kau tak ikut dia? Berhenti aja kerja. Tak payah nak
tunggu lepas naik pelamin ke apa. Dah halal, kan? Takde siapa nak marah. Kau
kerja pun bukannya duduk rumah selalu. Berhari-hari baru balik. Lebih baik kau
pergi ikut dia.”
“Kau nak aku mati cepat? Aku masih dalam kontraklah! Mana
boleh berhenti serta merta,” jawab Irina pantas.
Marla diam seketika. Itu dia memang sudah tahu.
“Tapi kalau dah terpaksa, lantaklah. Daripada duduk berjauhan
lama-lama? Bahaya! Dahlah Kamarul tu handsome. Setahu akulah, kan.. kat track
tu ramai perempuan-perempuan seksi. Gedik! Kau tak takut ke biarkan laki kau
bersendirian sampai berbulan-bulan?” giat Marla semakin seronok melihat Irina
menggelabah.
“Mar! Kau jangan nak serabutkan otak aku lagi boleh tak?”
marah Irina makin geram. Berderai air matanya mengenangkan lelaki seorang itu.
Seksanya perasaan!
“Dah menangislah pulak. Eh! aku main-main ajalah..”
“Aku sedih ni. Kau tu bukannya nak senangkan hati aku!”
gerutu Irina dengan esakan halus.
“Kesiannya aku dengan
kawan aku seorang ni. Kena tinggal lagi. Sebak dada rasanya. Muka asyik frust
aja,” ucap Marla sambil menggeleng.
“Diamlah!” marah Irina geram. Wajahnya dialihkan ke sebelah sana. Sekaligus menyuci air matanya dengan bantal yang sedang dipeluknya itu.
“Itulah.. siapa suruh kawan dengan orang macam tu. Kau jugak yang merana kena tinggal,” giat Marla lantas tersenyum sendiri.
Irina mula mengongoi sendiri. Sedih! Marla memang tak faham perasaannya. Mengejek lagi ada.
“Sebelum dia tinggalkan takkan dia tak bagi apa-apa kut?”
“Bagi apa?” Tanya Irina lantas menoleh semula kepada temannya itu.
“Elleh.. buat-buat bertanya pulak. Bekal! Takkan takde bekal!”
Irina terus mengerut kening. “Bekal apa pulak kau ni?”
“Bekallah! Nikah gantung pun kena ada bekal jugak! Tiga bulan tak jumpa.. lama tu!” ucap Marla lantas mengilai.
“Sengal aku bercakap dengan kau ni!”
“Diamlah!” marah Irina geram. Wajahnya dialihkan ke sebelah sana. Sekaligus menyuci air matanya dengan bantal yang sedang dipeluknya itu.
“Itulah.. siapa suruh kawan dengan orang macam tu. Kau jugak yang merana kena tinggal,” giat Marla lantas tersenyum sendiri.
Irina mula mengongoi sendiri. Sedih! Marla memang tak faham perasaannya. Mengejek lagi ada.
“Sebelum dia tinggalkan takkan dia tak bagi apa-apa kut?”
“Bagi apa?” Tanya Irina lantas menoleh semula kepada temannya itu.
“Elleh.. buat-buat bertanya pulak. Bekal! Takkan takde bekal!”
Irina terus mengerut kening. “Bekal apa pulak kau ni?”
“Bekallah! Nikah gantung pun kena ada bekal jugak! Tiga bulan tak jumpa.. lama tu!” ucap Marla lantas mengilai.
“Sengal aku bercakap dengan kau ni!”
“Alah.. buat-buat malu pulak ya?”
Irina diam malas mahu menjawab. Itu rahsia. Mana boleh
cerita.
“Sabar ajalah, Irin. Dah ada halangan, nak buat macam mana.
Sekurang-kurangnya dia selalu call, kan?”
Irina hanya mengangguk. Tetapi itu tidak cukup! Dia mahu
hidup dengan lelaki itu. Biarpun Kamarul pernah menjelaskan kehidupan yang
dilalui lelaki itu tidak akan sama seperti orang lain, dia tidak peduli. Dia
mahu bersama suaminya biar di mana lelaki itu berada. Biarpun mereka terpaksa
tawaf satu dunia semata-mata untuk sesuap nasi. Tetapi itulah pekerjaan
Kamarul. Sebagai isteri dia harus akur biarpun dia selalu mengangankan
kehidupan seperti wanita-wanita lain. Setidaknya dia harus tahu.. dia tidak
boleh meminta sesuatu yang tidak mampu diberikan sang suami.
“Tapi aku betul-betul proudlah dengan Kamarul tu. Tak sangka,
kan? Anak bangsa kita mampu sampai ke luar negara dalam bidang itu. Kata orang
tak mustahil itu semua boleh dicapai kalau kita usaha.” Marla bersuara lagi
dalam menungannya. Paling membanggakan, Kamarul bertanggungjawab menyelia enjin
jentera yang ditunggang oleh pelumba antarabangsa. Khidmat dan kepakarannya
digunapakai oleh satu pasukan yang cukup ternama. Bukan lagi sekadar menyelia
motor untuk anak muda tempatan seperti dahulu. Nama Kamarul Hisyam sudah ada
nilainya dalam dunia motor lumba.
“Dulu dia mekanik cabuk. Aku kenal dia, dia hanya seorang
mekanik yang sengal. Tapi aku jatuh hati sebab dia bersungguh-sungguh membantu
aku waktu kereta kau buat hal. Sayangnya waktu tu aku dah ada Aizul,” balas
Irina perlahan.
“Kalau dah jodoh, Irin. Selama mana kau dengan Aizul pun tapi
kalau Allah tak izinkan.. Tak jadi juga, kan? Sudahnya kau balik semula pada
Kamarul. Allah tahu siapa yang lebih baik untuk kau. Lima tahun kau tak jumpa
dia. Tapi kalau Allah dah berkehendak, dalam flight pun kau boleh jumpa dia
semula.”
Irina mengangguk perlahan. Ya.. dan Allah juga yang maha
mengetahui siapa yang berada di dalam hatinya selama bertahun-tahun ini.
“Nur Irina!!! Kau
memerap apa lagi dalam bilik tu. Cepatlah turun!! Terkeluar anak tekak aku
memanggil, kau buat pekak aja, kan?”
“Apa dia??” jerit Irina dari atas.
“Bini orang oi! Tak elok terjerit-jerit macam langsuir. Cepat
turun! Menyesal kau nanti..” Marla menjerit makin kuat dari tingkat bawah rumah
itu.
Sibuk aja si Marla ni.. desis Irina sebal. Malas-malas dia
bangun untuk turun ke bawah. Namun setiba di pertengahan tangga, kakinya
terkaku. Di hujung tangga di bawah sana seorang lelaki sedang berdiri memandang
ke atas. Macam nak pengsan dia saat ini. Macam mimpi pun ada. Lelaki yang
dinanti sedang berada di depan mata. Oh! Janganlah hendaknya ini semua mimpi
belaka!
“Irin..” ucap Kamarul lembut.
“Abang!!!” jerit Irina lantas berlari ke bawah. Tanpa segan
silu lelaki itu diterjahnya. Kamarul tersenyum melihat gelagat sang isteri.
Namun tubuh itu dipeluknya penuh kerinduan.
Wajah Kamarul dipegang Irina. Memang betul. Ini Kamarul dan
dia bukannya sedang bermimpi.
“Hmm.. Kamarul, angkutlah bini kau ni cepat. Dah kronik tu.
Buatlah apa yang patut kasi hilang angau dia tu. Jangan nak buat aksi biru kat
rumah ni pulak,” perli Marla saat melintasi sepasang manusia itu.
“Kau diamlah, Mar!” marah Irina geram. Malu mukanya dipandang
Kamarul.
“Eh! Tak betul ke apa aku cakap ni? Dah! Cepat ikut laki kau
tu..” desis Marla selamba. Kamarul sekadar ketawa sendiri. Namun kedua-dua
belah pipi sang isteri dikucup seketika sehingga puas.
“Tak cakap pun balik sini?” Tanya Irina hairan.
“Kalau cakap awal-awal, abang tak dapat tengok aksi terjun
tadi tu..”
Tersipu-sipu perempuan nan seorang itu. Malu. Gelojoh sangat
tadi. Tak sempat nak kawal diri.
“Bila abang sampai KL?”
“Petang tadi. Jom? Abang belum makan lagi ni,” ucap Kamarul
lembut.
Dengan penuh kesukaan Irina berlari naik ke atas semula.
Bukan main bertenaga lagi dia. Hilang monyok!
Kamarul memandu ke Bukit Lanjan. Restoran Subak menjadi
persinggahan mereka malam itu. Dekorasi yang indah di dalam restoran itu
benar-benar memberi mood lembut dan syahdu antara dua manusia itu.
“Kenapa balik awal? Tak bagitahu pulak tu,” ucap Irina saat
berhadapan dengan lelaki itu.
“Abang dapat cuti panjang kali ni. Rider accident. Tak boleh
berlumba semula. Team abang dah bungkus beg, tak merasa nak rebut gelaran juara
dunia untuk season ni. So abang baliklah cari isteri abang,” jawab Kamarul
lembut.
“Oh..” Irina termangu seketika memandang lelaki itu.
“Tapi lepas ni Irin kena ikut abang. Kontrak abang disambung
lagi untuk season depan. Semuanya akan bermula macam biasa semula,” ujar
Kamarul lagi. Hujung jemari wanita itu disentuh lembut.
“Ke mana?”
“Japan..”
Irina tersenyum lagi. Negara yang indah walaupun serba
serbinya mahal.
“Irin memang nak ikut abang. Tak sanggup terus hidup macam
ni,” ujar wanita itu seketika kemudian. Dia rela.. biarpun terpaksa melepaskan
kerjayanya sebagai pramugari. Dia lebih sayangkan ikatan perkahwinannya dengan
Kamarul.
“Kita takkan selamanya hidup macam ni. Abang tahu Irin tak
suka dengan keadaan tu. Abang ada perancangan abang sendiri. Sampai satu masa
nanti kita akan balik juga ke sini,” ucap Kamarul pula.
“Maksud abang?”
“Bukan duit semata yang penting untuk kita kejar di luar
sana. Tapi pengetahuan, pengalaman. Bila kita balik sini.. itu semua bernilai
untuk kita. Abang nak buka business sendiri suatu hari nanti,” jelas Kamarul
lembut.
Irina terus mengangguk. Apa sahaja yang terbaik untuk mereka
dia pasti akan menerimanya.
“Kita balik?” ajak Kamarul tidak lama kemudian. Pelayan
dilambai untuk menjelaskan bayaran.
Di kamar hotel Hyatt Regency Kuala Lumpur mereka menyulam kasih
lagi. Saat keluar dari kamar mandi, Irina terpaku melihat lelaki itu berdiri
terpacak di hadapan pintu kamar mandi itu dengan tuala sekerat. Dia segera
meminggir ke tepi untuk memberi laluan kepada lelaki itu.
Namun tiba-tiba Kamarul menarik wanita itu dekat kepadanya.
Tangan yang tersembunyi di belakang dikeluarkan. Sekuntum ros merah pekat
kelihatan di mata Irina. Irina memandang dua bola mata lelaki itu seketika.
Kamarul hanya diam dengan pandangan redup buat sang isteri.
Ros merah itu dielus lembut ke serata wajah Irina sehingga ke bibir. Kemudian ros
itu turun ke dada sang perempuan yang terdedah. Lembik lutut perempuan seorang
dibuat sang lelaki.
“I love you..” tiga
patah kata itu diluahkan teramat perlahan dari ulas bibir sang lelaki.
Irina tidak terkata. Ros di tangan lelaki itu diambilnya. Redup
pandangan sang suami membuatkan dia dilambung rasa indah yang tidak bertepi. Kuntuman
ros itu ditatap seketika dengan senyum manis. “Cantik,” ucap Irina sepatah.
“Isteri abang lagi cantik.”
Irina tersenyum lagi sambil menggigit bibir. Renungan lunak
sang lelaki dibalas mesra. Terlalu mudah untuk dia jatuh cinta kepada lelaki
ini. Apa yang hebatnya Kamarul Hisyam ini? Hebatnya lelaki itu.. bersama lelaki
ini dia terasa hidup. Dia terasa diperlukan. Dia terasa dirindui. Dan dia
terasa diangkat tinggi sebagai seseorang yang istimewa sebagai isteri. Hakikatnya..
jika ditakdirkan lelaki ini masih lagi seorang mekanik cabuk yang mencari
rezeki dan pengalaman di jalanan seperti dahulu, dia tetap rela dicintai oleh
lelaki ini.
“Tunggu abang..”
Irina sekadar mengangguk saat memandang lelaki itu berlalu ke
kamar mandi. Dadanya mula terasa berdebar sendiri. Apalah yang dia nak buat
pada aku agaknya ya? Bisik hatinya sendiri.
Lima minit bersendirian dia ruangan malap itu, pintu kamar
mandi terbuka semula. Mata Irina pantas terhala ke situ. Kamarul berdiri di
ambang pintu memandang kepadanya. Dirinya sudah disarungkan dengan gaun satin
berwarna hitam. Sedikit terdedah pada bahagian bahu dan belakang. Sengaja mahu
menarik perhatian sang suami dengan pakaian yang tidak biasa dipakainya sebelum
ini.
Mata Kamarul mula melekap pada susuk si isteri. Seketika kemudian
langkah terus diatur mendekati Irina.
“Mana beli ni?” Tanya lelaki itu setelah berdiri di hadapan
si isteri.
“Kenapa?”
Tanpa jawapan tiba-tiba wanita itu dicempungnya lalu dibawa
ke ranjang.
“Abang suka gaun ni..” ucap Kamarul setelah tubuh itu
diletakkan di atas katil.
Irina tersenyum lantas memaut leher lelaki itu. “Rezeki ada
depan mata. Cepatlah.. nanti lauk basi! Abang gigit jari.”
Kamarul tergelak sendiri sambil menggeleng. Berani sungguh Irina
menggodanya. Tetapi bak kata Irina, rezeki ada depan mata. Halal.. dan gunakan
tanpa was-was!
Pengumuman keberangkatan
sudah kedengaran. Perlahan jemari sang isteri diraih Kamarul. Irina menoleh
kepada lelaki di sebelahnya. Mereka berdua bangun serentak.
Selangkah lagi.. dunia baru akan dijejakinya. Malaysia akan ditinggalkan
untuk bersama lelaki ini. Mencari kehidupan di luar sana selagi tenaga sang
lelaki masih diperlukan. Sampai satu masa mereka akan pulang juga. Namun dia
tidak ingin menyesali keputusan yang telah dibuatnya. Tekad hatinya sudah
bulat. Biarpun suatu masa dahulu dia ingin lari jauh dari kehidupan yang pernah
dilaluinya saat bergelar kekasih kepada seorang pelumba. Namun takdir tetap
membawa dia dekat kepada dunia seperti itu. Mungkin Tuhan mahu mengajar dia
menerima hidup ini seadanya.
Tautan tangan mereka kian mengerat. Bermakna selama mana pun
atau biar ke mana sahaja mereka merantau selepas ini, tautan tangan itu tidak
akan terlepas tanda mereka berdua sehati dan bersama. Inilah kehidupan mereka. Apa
sahaja cabarannya nanti mereka mahu terus bersama saling menemani, saling
melengkapi dan saling menyokong.
Kamarul Hisyam dan Nur Irina.. bertemu mereka di pinggir
jalan itu. Jodoh bertamu tidak terduga. Hati sudah tersulam bersama. Namun kekuatan
jodoh tidak akan datang begitu sahaja jika tidak Allah hadirkan ujian buat
mereka. Biar benua memisahkan mereka, hati tetap mahu bersatu. Sehingga Allah
melorongkan jalan untuk mereka bersatu di dalam ikatan suci itu.
Buat Kamarul.. dia sudah lama mengerti betapa besar erti
cinta yang ada di hatinya. Ke mana langkah dia menuju, Irina tetap ada dalam
hatinya. Tidak mampu untuk dilepaskan biarpun dia pernah cuba melupakan.
Bagi Irina.. lelaki inilah tunggak harapannya setelah dia
merasa sakit dipersia. Betapa besar erti kesabaran lelaki ini meletakkan cinta
ke atas dirinya biarpun dia memilih lelaki lain. Semua itu tidak terduga
untuknya. Ajaibnya.. biar selama mana mereka terpisah, lelaki itu tetap ada
dalam kenangannya.
Kerana mereka berdua manusia pilihan. Jodoh bertamu dipinggir
jalan. Di mana mereka bertentang mata.. di situ jugalah mereka akhirnya
mengucapkan kata cinta. Semoga jodoh itu kekal sehingga ke jannah. AMINN..
TAMAT
TAMAT
best.... tq
BalasPadambest..tqsm lalingg
BalasPadamYes.. happy ending... bestnya..
BalasPadamBest...
BalasPadambesttt TQ sis I suka hihi
BalasPadamAminnnnn gd story dear. Bestππππ
BalasPadamBestnya.. puas hati kak fadzlyn
BalasPadamBest.. teruskan menulis.
BalasPadamBest.. Tq, happy ending...
BalasPadam